Haron Din masuk ICU, masih koma

Haron Din masuk ICU, masih koma

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din dikatakan mempunyai komplikasi di jantung dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dalam keadaan koma.

Mesej whatapps antara Ketua Penerangan Pas Nasaruddin Hassan dengan anak Dr Haron, Hamdi yang kini berada di California antaranya memaklumkan, Dr Haron dalam keadaan koma dan masih mengunakan alat bantuan pernafasan kini berada di Hospital Stanford San Francisco, California. 

Beliau pernah menjalani pembedahan pintasan jantung di hospital sama pada 2 April 2012 dan pada Mac lalu beliau telah menjalani rawatan jantung di Institut Jantung Negara (IJN).

Sebarang maklumat mengenai tahap kesihatan Dr Haron akan dimaklumkan Pas Pusat dari masa ke semasa.

Pada  malam tadi khabar Dr Haron dimasukan ke ICU dipaparkan di Facebook Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani yang dimuat naik pada 10.17 malam tadi.

“Pada jam 5.00 pagi (SFO) hospital call. Minta keluarga datang hospital.

“Sekarang ‘on heart support’. Dua anak Tuan Guru bersama doktor sekarang. Keluarga yg lain menunggu di luar,” dipetik dari media sosial itu.

Situasi kesihatan terkini ketua kluster dakwah dalam Majlis Perundingan Islam (MPI) tersebut dikatakan mengikut sumber keluarga Haron Din.

“Masih belum dapat berita penuh dari dalam. Mohon Doa kalian..jazakallah..,” kata mesej itu lagi.

Ahmad Dusuki dalam status di Facebook itu turut menyertakan foto beliau mengucup dahi Haron Din.

Selepas tiga jam status itu dimuat naik, terdapat sebanyak 1,800 komentar dan 4,600 perkongsian daripada pengguna Facebook.

Rata-rata netizen mendoakan agar Haron Din cepat sembuh serta keluarga pemimpin Pas itu tabah dengan ujian-Nya.

Bagaimanapun, seorang pengguna Facebook, Adawiyyah Az Zahra memberitahu beliau ada terlihat Haron Din dikeluarkan dari ICU Hospital Kuala Lumpur.

“Masuk balik ke? Itu hari nampak dia kat wheel chair. Anak-anak dia tolak keluar dari wad, dia senyum aje. Semoga Tuan Guru Datuk Haron sembuh seperti sedia kala dan semoga Allah melindunginya,” tulis Adawiyyah lagi.

Ahmad Dusuki dalam status di Facebook itu turut menyertakan foto beliau mengucup dahi Dr Haron Din.

TAGS