Helikopter Nuri TUDM terhempas, 14 tentera cedera

Helikopter Nuri TUDM terhempas, 14 tentera cedera

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

 

Seramai 14 anggota tentera cedera dan dikejarkan ke Hospital Tawau selepas sebuah helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas di atas bumbung Pusat Kemahiran Hidup, Sekolah Menengah Kebangsaan Balung di sini pagi tadi.

Penolong Penguasa Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Tawau, Sahidi Mahali berkata dalam kejadian kira-kira 9.45 pagi itu, lima pelajar turut tercedera.

Pekerja kantin sekolah dipercayai turut tercedera.

Difahamkan helikopter berkenaan sedang cuba hendak mendarat di atas padang sekolah itu, namun ia terhempas.

Satu bilah kipasnya dikatakan turut terpelanting kira-kira 200 meter.

TUDM dalam satu kenyataan berkata pesawt Nuri tersebut yang dinaiki 14 anggotanya berlepas dari pangkalan TUDM di sini pada pukul 7.35 pagi untuk melakukan latihan penerbangan harian.

“Semua anak kapal dan penumpangnya terselamat,” katanya.

Pihak TUDM berkata mereka telah menghantar pasukan menyelamat dan akan membawa keluar pesawat daripada lokasi kejadian.

TUDM sedang membuat penilaian berhubung insiden tersebut sebelum mengambil tindakan lanjut.

“TUDM akan menubuhkan satu pasukan penyiasat bagi mengenal pasti punca kejadian,” kata kenyataan itu.

 

TAGS