Hentikan buat spekulasi siasatan SPRM terhadap dua pegawai jabatan air – Musa

Hentikan buat spekulasi siasatan SPRM terhadap dua pegawai jabatan air – Musa

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman menasihati orang ramai agar berhenti membuat spekulasi terhadap siasatan sedang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap dua pegawai Jabatan Air Sabah yang disyaki terbabit rasuah dan salah guna kuasa.

“Ini merupakan siasatan yang penting. Biar SPRM jalankan tugas mereka. Berhentilah daripada membuat kenyataan yang tiada kesudahannya dan memberikan pandangan anda mengenai apa yang berlaku,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Musa berkata kes itu tidak harus dimainkan dalam media kerana ia boleh menjejaskan siasatan.

“Semua pihak yang berkenaan perlu memberikan kerjasama sepenuhnya supaya penyiasatan dapat dijalankan dengan cepat.

“Fokus perlu diberikan terhadap langkah-langkah untuk menambah baik proses perolehan dan sistem penyampaian secara menyeluruh,” katanya.

Pada 4 Okt, SPRM menahan pengarah dan timbalan pengarah Jabatan Air Negeri dan merampas RM114 juta daripada mereka susulan didakwa terbabit rasuah.

TAGS