Hentikan ‘pendarahan’ dengan Najib letak jawatan, kata Ambiga

Hentikan ‘pendarahan’ dengan Najib letak jawatan, kata Ambiga

 

 

 

 

 

 

Tindakan sesetengah pihak terutama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membantah pemimpin mereka menyertai gerakan kempen Selamatkan Malaysia pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad difahami sepenuhnya, kata Datuk Ambiga Srenavasan.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

 

Tindakan sesetengah pihak terutama pertubuhan bukan kerajaan (NGO)yang membantah pemimpin mereka menyertai gerakan kempen Selamatkan Malaysia pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad difahami sepenuhnya, kata Datuk Ambiga Srenavasan.

“Saya fahami perasaan mereka. Kita tidak sempat untuk berbincang dan menerangkan hal ini sepenuhnya kerana keputusan perlu dibuat.

“Namun kami akan berjumpa mereka dan menerangkan apa yang kita buat. Ini kerana apa yang berlaku adalah kami perlu buat keputusan segera untuk masa ini.

“Pesakit datang dengan luka parah. Kita kena buat keputusan segera. Hentikan pendarahan dulu, jahit dan lepas itu kalau perlu buat pembedahan.

“Jadi langkah pertama sekarang adalah hentikan pendarahan dulu iaitu menuntut Najib letak jawatan,” kata Ambiga dalam sidang media bersama sekretariat Selamatkan Malaysia hari ini.

Ambiga mengulas soalan media mengenai tentangan sesetengah pihak khasnya pemimpin NGO yang tidak setuju tindakan beliau dan beberapa pemimpin NGO lagi yang bersama Tun Dr Mahathir, tokoh yang mereka kecam dahulu.

Tindakan Ambiga bersama pemimpin Bersih,  Maria Chin Abdullah menyertai kempen Selamatkan Malaysia bersama Tun Mahathir mendapat bantahan sesetengah NGO.

Mereka melebelkan kesemuanya sebagai ‘Munafik’ kerana bersama Tun Mahathir yang mereka tentang dahulu.

Ambiga dan Maria antara yang akan berucap di Kongres Rakyat Selamatkan Malaysia 27 Mac ini di dewan SACC, Shah Alam mulai jam 2 – 7 petang.

Selain mereka turut berucap  adalah Tan Sri Muhyidin Yassin, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Datuk Husam Musa, Datuk Mohamed Azmin Ali, Datuk Mahfuz Omar,  Mohamad Sabu, Lim Kit Siang, Rafizi Ramli dan lain-lain.

TAGS