Himpunan Mansuh GST: Terima kasih rakyat, terima kasih semua

Himpunan Mansuh GST: Terima kasih rakyat, terima kasih semua



Presiden Amanah Mohamad Sabu mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah bekerja keras menjayakan 'Himpunan Undur Najib Mansuh GST' di Dataran Merdeka anjuran Pakatan Harapan dan badan bukan kerajaan (NGO), 2 April lalu.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

 

Presiden Amanah Mohamad Sabu mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah bekerja keras menjayakan ‘Himpunan Undur Najib Mansuh GST’ di Dataran Merdeka anjuran Pakatan Harapan dan badan bukan kerajaan (NGO), 2 April lalu.

Beliau turut memberikan penghargaan khusus kepada Unit ARiF bersama Unit Tindak DAP dan Skuad PKR yang telah bertungkus lumus memastikan himpunan berlangsung dalam keadaan aman dan tenteram.

“Penghargaan tertinggi tentunya kepada puluhan ribu rakyat yang sanggup turun menyatakan bantahan biarpun terpaksa bertahan dalam cuaca panas hampir empat jam.

“Kehadiran yang memuaskan ini menandakan rakyat mahu Perdana Menteri ditukar dan sistem negara ini diubah seterusnya GST yang menekan dan menindas rakyat dihapuskan serta merta.

“Di kesempatan ini saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak termasuk pasukan keselamatan negara, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan para peniaga yang memudahkan orang ramai menghilangkan lapar dan dahaga,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohamad yang juga komander himpunan menambah, segala kekurangan yang berlaku adalah biasa bagi setiap penganjuran program dan mewakili pihak penganjur, beliau memohon maaf di atas segala kekurangan yang berlaku dan akan cuba mengatasinya pada masa akan datang.

Himpunan Mansuh GST yang berlangsung dari jam 2.00 petang hingga 5.30 petang di Dataran Merdeka dihadiri rakyat daripada berbilang bangsa.

Selain pemimpin parti gabungan Pakatan Harapan, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memeranjatkan demonstran kerana turut hadir berucap.

TAGS