Himpunan mansuh GST, undur Najib, bebas Anwar

Himpunan mansuh GST, undur Najib, bebas Anwar

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Tinggal beberapa detik sahaja lagi rakyat Malaysia akan berkumpul bersama dalam sebuah himpunan besar-besaran bertempat di Dataran Merdeka pada 2 April 2016.

Himpunan 3 dalam 1 itu merupakan menifestasi resah rakyat kepada pemerintah negara khususnya untuk Najib dan kerajaan bahawasanya rakyat menuntut reform kepada seluruh institusi dalam negara.

Pada September 2014, dalam sebuah seminar Antarabangsa GST yang diadakan di Kuala Lumpur, Perdana Menteri Mohd Najib Razak telah memberi kenyataan bahawa GST diperkenalkan tepat pada masanya.

Najib dalam kenyataan yang sama turut menekankan peri pentingnya GST kerana ini adalah bertujuan bagi memastikan ekonomi lebih mampan dan telus.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) adalah kementerian yang bertanggungjawab dalam mengendalikan sistem percukaian ini.

Dalam sebuah buku panduan pengguna yang dikeluarkan oleh KPDNKK menyatakan apa rasional dan keperluan dalam memperkenalkan sistem GST.

Antara keperluannya ialah ia mampu meningkatkan sumber pendapatan negara dalam mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Namun belum cukup setahun GST diperkenalkan hutang negara kini telah meningkat sekitar RM800 bilion. Adakah ini kondisi yang sihat untul negara?

Bentuk GST yang nyata dikenakan semenjak hari pertama diperkenalkan sebanyak 6%. Realitinya ia tidak menurunkan harga barang malah menjadi beban yang perlu dihadapi keseluruhan rakyat dalam negara.

Ini sangat kontradik jika ditonton satu wawancara yang membabitkan seorang menteri, Datuk Ahmad Maslan yang menekankan dengan yakinnya GST tidak akan menyebabkan kenaikkan harga barang dan perkhidmatan.

Bentuk yang lain ialah barangan atau perkhidmatan tersebut terus dikecualikan dan ianya tidak akan terkesan dengan GST seperti yang diwartakan. Cuma yang perlu diambil perhatian ialah cukai yang tidak dikenakan atau dipanggil sebagai Sifar GST (0%).

Ini kerana pada bila-bila masa kadar ini boleh dinaikkan daripada sifar kepada suatu angka yang dikehendaki dalam erti kata lain ianya bersifat anjal.

Jika diteliti kepada buku panduan yang disediakan, terdapat 500 barangan yang telah disenaraikan (buku panduan GST zon tengah). Antara yang paling banyak disenaraikan ialah yang dikenakan GST 6% dan Sifar GST. Ini juga membawa kemungkinan pertambahan senarai GST 6% apabila yang bersifat Sifar GST tadi dinaikkan peratusnya.

Apakah rakyat terfikir akan kemungkinan dan kebarangkalian ini?

Ada beberapa yang kerajaan nyatakan bahawa mereka telah membantu mengurangkan kesan terhadap GST. Antaranya ialah kenaikan BR1M kepada RM950 (2015, tahun GST diperkenalkan). 

Jika dibahagikan jumlah terbabit kepada hari dalam setahun bersamaan, RM2.60 sehari. Itulah jumlah yang dibantu kerajaan disaat kesan GST itu berlipat ganda dari jumlah tersebut.

Rakyat perlu turun desak kerajaan

Atas sebab serta fakta yang dikemukakan diatas saya kira punya keperluan bagi rakyat yang peka dan wujud rasa kebertanggungjawaban mereka untuk bersama-sama dalam himpunan ini.
Ketepikan perbezaan dan ideologi bagi memastikan solidariti rakyat itu sampai kepada perdana menteri

Sudahlah kita dimalukan dan ditertawakan seluruh dunia kerana isu 1MDB yang turut melibatkan anak syarikat yang lain, kini rakyat juga berhadapan risiko menanggung beban hutang dengan apa yang telah dilakukan mereka yang berkuasa.

Percayalah, itu pun jika kita tidak merasa sayang kepada tanah air dan generasi mendatang.

 

 

CATEGORIES