Himpunan MO1: UKM tangguh hukuman, Asheeq Ali mahu gugurkan  tanpa syarat

Himpunan MO1: UKM tangguh hukuman, Asheeq Ali mahu gugurkan tanpa syarat

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Asheeq Ali Sethi AliviMahasiswa jurusan undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang dikenakan hukuman tatatertib kerana sertai himpunan #Tangkap MO1  pada Ogoss lalu, mendesak institusi pengajian tinggi awam itu mengugurkan pertuduhaan ke atasnya serta merta tanpa syarat.

Setiausaha Kesatuan Mahasiswa Malaysia (Kesatuan) Asheeq Ali Sethi Alivi memberitahu surat yang dihantar kepada Naib Canselor untuk mengugurkan pertuduhan ke atasnya berhubung himpunan Tangkap Malaysian Official 1 (Tangkap MO1) telah ditangguhkan sehingga rayuan diputuskan.

Bagaimanapun ujarnya, proses rayuan akan mengambil masa yang agak lama, beliau telah membuat permohonan ‘stay order’ bersama dengan rayuan tersebut untuk menangguh hukuman rayuan diputuskan.

“Stay order ini diperuntukkan dalam Kaedah 70, Kaedah-Kaedah Universiti Kebangsaan Malaysia (Tatatertib Pelajar) 1999, dimana Naib Canselor boleh di atas budi bicara beliau menangguh hukuman sehingga rayuan diputuskan.

“Didalam surat balas yang telah saya terima pada 2 Disember 2016, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Datuk Aziah Mohd Awal telah memaklumkan bahawa stay order saya diluluskan dan saya dibenarkan untuk meneruskan pengajian semester ini.

“Walaubagaimanapun, saya mungkin akan digantung semula pada semester hadapan jika rayuan saya ditolak oleh mesyuarat Rayuan Tatatertib Pelajar. Namun, tarikh mesyuarat itu tidak dinyatakan.

“Saya tidak akan bertolak ansur untuk sebarang hukuman walaupun ianya sekadar amaran dan saya mendesak UKM untuk menggugurkan pertuduhan ke atas saya dengan serta merta dan tanpa syarat.

“Berhimpun secara aman adalah hak saya sebagai rakyat Malaysia dan alasan UKM dimana pelajar tidak boleh menyertai perhimpunan aman amatlah tidak wajar,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Asheeg juga selaku Presiden Student Unity Front berkata, mahasiswa tidak seharusnya dikongkong dan diberi intimidasi dan tekanan sebegini kerana ia akan melahirkan generasi mahasiswa yang hanya menurut perintah dan takut untuk meyuarakan pendirian dan pendapat mereka.

TAGS