Himpunan solidariti Rohingya bukan ‘demontrasi’

Himpunan solidariti Rohingya bukan ‘demontrasi’

Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya  yang diadakan semalam, tidak boleh ditakrif sebagai 'demonstrasi' seperti didakwa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya  yang diadakan semalam, tidak boleh ditakrif sebagai ‘demonstrasi’ seperti didakwa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perhimpunan itu mendapat permit sah dan diadakan di stadium tertutup, kata Pengerusi Gerakan Akar Umbi Umno Malaysia (Gaum) Datuk Zulkarnain Mahdar.

Beliau berkata perhimpunan itu juga berlangsung dengan aman tanpa sebarang kesulitan kepada orang ramai, laluan trafik lancar dan peniaga berniaga seperti biasa.

“Perhimpunan itui adalah satu perhimpunan mewakili desakan suara rakyat Malaysia yang membantah kekejaman askar Myanmar terhadap etnik Rohingya yang telah dinafikan hak,” katanya dalam satu kenyataan.

Perhimpunan itu telah dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta timbalannya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang, NGO, ribuan rakyat Malaysia serta etnik Rohingya.

Dr Mahathir dalam kenyataan pada sidang akhbar Persidangan Kebangsaan Tahunan DAP 2016, juga berkata Najib tidak sepatut hadir pada perhimpunan itu, sebaliknya mengadakan rundingan antara Kerajaan dengan Kerajaan bagi menyelesaikan isu Rohingya.

TAGS