Himpunan #TangkapMO1 tidak mudarat seperti pengkhianatan MO1

Himpunan #TangkapMO1 tidak mudarat seperti pengkhianatan MO1

Biro Undang-undang (Kanun) Parti Amanah Negara mendakwa khianat yang dilakukan oleh “Malaysian Official One” (MO1) terhadap rakyat dan negara lebih bahaya berbanding perhimpunan #TangkapMO1 yang diadakan secara aman.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Biro Undang-undang (Kanun) Parti Amanah Negara mendakwa khianat yang dilakukan oleh “Malaysian Official One” (MO1) terhadap rakyat dan negara lebih bahaya berbanding perhimpunan #TangkapMO1 yang diadakan secara aman.

Timbalan pengerusi Kanun, Wan Anwar Wan Ibrahim berkata, tiada keperluan pihak keselamatan memanggil mereka yang terlibat dalam perhimpunan #Tangkap MO1 kerana perhimpunan itu memenuhi lunas demokrasi dan semangat Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan pihak polis menyoal siasat peserta #TangkapMO1 pada 27 Ogos lalu di bawah peruntukan seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan (Akta 574) dan/atau seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736).

Seksyen 505 Kanun Keseksaan tersebut adalah kesalahan jenayah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam.

“Kanun ingin persoalkan bahawa dalam keadaan perhimpunan tersebut dijalankan dengan sangat aman dan memenuhi lunas demokrasi dan semangat Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan, apa keperluannya pihak keselamatan terus memanggil mereka yang terlibat?

“Selain daripada menyiasat kesalahan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam tersebut, Kanun turut mencabar pihak keselamatan untuk menyiasat dan menangkap MO1 tersebut yang jelas telah melakukan khianat kepada rakyat dan negara,” katanya.

Pagi tadi, pengarah komunikasi Amanah, Khalid Samad yang juga ahli parlimen Shah Alam dan Ketua Sosialis Muda DAP (DAPSY) Kebangsaan Wong Kah Woh yang juga Adun Canning dipanggil ke ibu pejabat polis (IPD) Dang Wangi untuk soal siasat berhubung perhimpunan tersebut.

Khalid berkata, tindakan memanggil mereka itu merupakan pembaziran masa dan tenaga pihak polis sedangkan masih banyak tugas penting yang harus dilakukan mereka.

“Tindakan ini merupakan pembaziran masa dan tenaga pihak keselamatan yang semestinya amempunyai kerja-kerja lain yang lebih penting.

“ Saya anggap ini gangguan bersifat politik untuk menakut-nakutkan rakyat. Bagaimanapun ini tidak menyebabkan kita letih dan takut untuk terus mendedahkan kebenaran,” katanya yang ditemani peguam Wan Anwar dan Ram Karpal.
Semalam, pengerusi Bersih, Maria Chin dan sasterawan negara A.Samad Said serta beberapa aktivis turut dipanggil polis untuk siasatan yang sama.

Minggu lalu pengerusi Gabungan #TangkapMO1 Anis Syafiqah Md Yusuf dan beberapa mahasiswa yang menyertai perhimpunan tersebut juga disoal siasat polis.

TAGS