Hindraf sertai PH: Perlu bincang dalam Majlis Presiden, kata Azmin

Hindraf sertai PH: Perlu bincang dalam Majlis Presiden, kata Azmin

Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjelaskan beliau tidak dimaklumkan berkaitan  pertemuan antara Pengerusi Pakatan Harapan (PH)  Tun Dr Mahathir Mohamad dan pimpinan Hindraf yang berlaku semalam.

“Saya tidak pasti (pertemuan itu) kerana bertemu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, semalam.

“Saya tidak tahu apa berlaku,” katanya kepada media selepas majlis penyerahan lembu korban sempena Aidliadha peringkat Selangor di Masjid Selayang Baru,hari ini.

Menurut laporan media, difahamkan berlaku pertemuan antara mantan perdana menteri itu bersama pimpinan kanan Hindraf bagi menjalin kerjasama menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.

Mengulas lanjut kemungkinan wujud kerjasama antara Hindraf dan Pakatan Harapan, Azmin menyatakan, perkara itu perlu dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan yang akan diadakan, dalam masa terdekat ini.

“Perkara ini (kerjasama dengan Hindraf) perlu dibincangkan terlebih dahulu degan Pakatan Harapan.

“Kita ada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan dalam masa terdekat dan sekiranya perkara ini ada dalam agenda mesyuarat, maka ia akan dibincangkan,” katanya seperti dilaporkan.

{loadposition myposition} Semalam Dr Mahathir mengadakan pertemuan luar biasa dengan kumpulan hak asasi Hindraf, dilihat sebagai langkah Pakatan Harapan mengadakan kerjasama dengan kumpulan berpengaruh itu menjelang pilihan raya umum akan datang.

Pertemuan antara pengerusi Pakatan Harapan itu dengan Pengerusi Hindraf P Waythamoorthy diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana itu di mana kedua-dua pemimpin mengadakan perbincangan, Hindraf diterima sebagai rakan komponen ke-5 gabungan pembangkang itu.

Pakatan Harapan kini disertai PKR, DAP, Amanah dan Bersatu.

Turut hadir dalam pertemuan itu  bekas menteri besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid dan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim.

TAGS