Hishamudin Rais ditahan polis

Hishamudin Rais ditahan polis

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Aktivis Bersih  2.0 Hishamudin Rais ditahan pihak polis ketika sedang minum di restoran berhampiran sejurus menyampaikan ucapan di hadapan peserta Bersih 5 di Jalan Kemuja bangsar pagi ini.

Seramai  enam anggota polis mengiringi beliau masuk dalam kenderaan, bagaimanapun beliau  beliau sempat meninggalkan pesan supaya meneruskan himpunan tersebut.

“Walaupun saya tidak ada, teruskan. Teruskan, inilah perjuangan.

“Jangan risau, mereka juga bersama kita hari ini. Teruskan,” katanya yang sempat mengambil garam dan sapu tangan di dalam sebuah beg sebelum dibawa polis.

Sejak jam 5 petang semalam keseluruhan tangkapan dilakukan oleh pihak polis dikalangan pemimpin politik dan Bersih seramai 15 orang terkini Hisamuddin.

Mereka adalah Maria Chin Abdullah, Mandeep Singh, Anthony Loke, Ronnie Liu dan Luqman Nul Hakim Zul Razali.

Turut ditahan Ahli Jawatankuasa Parti Sosialis Malaysia (PSM), S. Artuchelvan, Jimmy Wong, Lee Khai Ming, Anis Syafiqah Md Yusof, Ariffin Abu Bakar dan Razali Zakaria.

Selain itu, juga ditahan Muhammad Safwan Anang, Adam Adli ketua Geng Baju Merah Datuk Seri Jamal Md Yunos dan dua yang lain.

TAGS