Hub industri petroleum di Bachok bila PH ambil alih kerajaan, kata Husam

Hub industri petroleum di Bachok bila PH ambil alih kerajaan, kata Husam

Kerajaan baru Pakatan Harapan (PH) di Kelantan akan membangunkan semula pusat industri petroleum di pantai Senok, Bachok bila ambil alih kerajaan selepas pilihan raya umum ke 14.

Pengerusi PH Kelantan, Husam Musa berkata perkara itu telah dimasukkan dalam tawaran utama PH kepada rakyat Kelantan khususnya di kawasan Bachok.

“Ini tawaran untuk penduduk di sini khususnya golongan muda,” katanya ketika berucap melancarkan Jentera Pilihanraya PH Parlimen Bachok Jumaat lalu.

Menurutnya beliau telah berbincang dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berkenaan hal tersebut.

“Beliau telah bersetuju untuk membayar royalti petroleum.

“Tapi dia kata kena menang dulu, bila dah menang apa kehendak kita boleh kita buat, ” katanya.

Menurut Husam penghalang sebenar rancangan pendaratan gas di Bachok bukan Tun Mahathir.

“Beliau sendiri sebenarnya yang memulakan inisiatif memajukan kawasan pendaratan ini.

“Beliau hadir bersama almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk menyaksikan majlis tandatangan usahasama Keloil dan KUB.

“Namun usaha ini gagal kerana ditentang oleh Umno Kelantan yang di ketuai Datuk Anuar Musa,” katanya.

Beliau turut menyangkal bahawa Dr Mahathir yang menghalang pemberian royalti kepada negeri Kelantan.

“Tun Mahathir behenti jadi PM tahun 2002 minyak kita keluar 2004, macam mana beliau nak sekat, minyak pun tak keluar lagi.

“Itu sudah fitnah, jelas mereka yang membuat dakwaan itu tidak membuat semakan,” katanya.

Bila pusat pendaratan gas ini menjadi kenyataan manfaatnya kepada rakyat.

“Golongan nelayan yang terpaksa menghadapi musim tengkujuh tanpa pendapatan akan dapat kita bantu.

“Begitu juga petani di sekitar ini yang menghadapi kesusahan sejak terhentinya penanaman tembakau kita akan buat kajian untuk membantu mereka secara jangka panjang,” katanya.

Majlis yang diadakan di pejabat AMANAH Bachok itu dihadiri ribuan penduduk tempatan.

Turut hadir timbalan pengerusi PH Kelantan, Datuk kamaruddin Mohd Nor, Pengarah pilihanraya PH Kelantan, Datuk Sazmi Miah pemimpin-pemimpin kanan PH negeri dan kawasan Bachok.

9.0
OVERALL SCORE
: 9.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS