Hujan lebat di Terengganu, banjir mula landa Dungun

Hujan lebat di Terengganu, banjir mula landa Dungun

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Hujan lebat mula melanda Terengganu hari ini membayangkan banjir akan melanda negeri pantai timur itu.

Menurut saksi, jalan dari Marang ke Dungun mula dipenuhi air walaupun masih boleh dilalui oleh semua kenderaan.

Namun kenderaan terpaksa beratur panjang ekoran air yang mula berada di atas jalan raya di Durian Mentangau.

Menurut APM Dungun, air di Sungai Dungun Durian Mentangau sudah mencecah 2.51 meter pagi tadi, melebihi 0.01 meter dari paras berjaga-jaga.

TAGS