Hukuman pasangan kasari Penguatkuasa MBSA terlampau ringan, kata Peguam Negara

Hukuman pasangan kasari Penguatkuasa MBSA terlampau ringan, kata Peguam Negara

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Jabatan Peguam Negara telah memfailkan rayuan terhadap hukuman mahkamah yang dijatuhkan ke atas suami isteri yang mengasari anggota penguatkuasa wanita Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata ini kerana ia berpandangan hukuman ke atas Lor Ka Hoo dan Tan Sit Fun iaitu penjara 14 hari dan denda RM3,000, dan jika gagal membayar denda dipenjara tujuh hari, adalah terlampau ringan berbanding kesalahan yang dilakukan.

Rayuan terhadap hukuman itu difailkan pada hari sama hukuman dijatuhkan iaitu Jumaat lalu, katanya dalam kenyataan hari ini.

Pasangan suami isteri itu didapati bersalah mengasari penguatkuasa wanita MBSA.

Video tindakan kedua-dua mereka telah diviralkan di media sosial dan ditonton oleh ratusan ribu rakyat negara ini.

 

TAGS