Husam bakal datang esok, kerajaan negeri sekat ‘orang luar’ masuk

Husam bakal datang esok, kerajaan negeri sekat ‘orang luar’ masuk

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Esok difahamkan pemimpin Amanah, Datuk Husam Musa dijadualkan akan menziarahi masyarakat Orang Asli di Hutan Simpan Kekal Balah, Gua Musang.

Namun, sumber dari Orang Asli di Pos Tohoi memberitahu pihak kerajaan negeri hari ini mulai mengadakan sekatan menghalang ‘orang luar’ masuk.

Sekatan itu dibuat di dua lokasi iaitu melalui Pos Tohoi selepas jambatan besi dekat kawasan lapang dan melalui Pos Bering dari arah Meranto.

Sekatan dilakukan Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan serta Pejabat Tanah dan Galian Kelantan itu juga berlaku sehari selepas ekspedisi NGO Royalti Malaysia bersama sekumpulan aktivis alam sekitar dan media meninjau lokasi terjejas dengan aktiviti pembalakan.

Tinjauan melalui drone zon 50 meter dari pinggir sungai turut diceroboh oleh pembalak.Dalam hal berkaitan, tinjauan ekpedisi berkenaan yang turut melalui alat penerbangan kawalan jauh atau drone mendapati kadar kemusnahan hutan simpan di Gua Musang amat kritikal dengan antaranya wujud kerja membalak di rizab sungai.

TAGS