Husam bendahari PH, Kula, Christina Liew naib presiden

Husam bendahari PH, Kula, Christina Liew naib presiden

Naib Presiden AMANAH Datuk Husam Musa dilantik sebagai bendahari Pakatan Harapan (PH) menggantikan M Kulasegaran yang bertukar jawatan kepada naib presiden.

Seorang lagi Naib Presiden yang dilantik ialah Pengerusi PKR Sabah Christina Liew.

Pengerusi PH Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pelantikan M Kulasegaran yang merupakan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Christina Liew bagi memastikan masyarakat India dan rakyat Sabah diwakili dalam gabungan pembangkang itu.

“Majlis Presiden telah mengadakan mesyuarat, antara keputusan dibuat ialah pemindaan sedikit berkenaan Majlis Presiden supaya ia mewakili kaum India dan Sabah, Sarawak.

{loadposition myposition}

“Naib Presiden Kulasegaran, dulu bendahari PH tapi dia akan kosongkan jawatan itu dan jawatan itu akan dipegang oleh satu lagi ahli baru bagi Majlis Presiden Datuk Husam Musa.

“Satu lagi Naib Presiden ialah Christina Liew dari Sabah,” katanya dalam sidang media di Wisma AMANAH Negara petang tadi.

Selain pengumuman itu, Dr Mahathir berkata beliau akan bertemu dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagi mendapatkan perkembangan terkini pendaftaran PH di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

“Jika ada kemusykilan pihak pemerintah, kami sedia buat pindaan jika perlu. Kami yakin menteri akan faham. Beri kami peluang untuk kemukakan pandangan dan mendengar pendapat daripada timbalan perdana menteri kenapa kelulusan belum diperoleh,” katanya.

CATEGORIES
TAGS