Husam isytihar bangunan kontroversi ‘Wisma Tok Guru’

Husam isytihar bangunan kontroversi ‘Wisma Tok Guru’

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Pejabat Dewan Undangan Negeri (Dun) Salor secara rasmi ditukar nama kepada Wisma Tok Guru dan kini menjadi pusat aktiviti Parti Amanah Negara (Amanah).

Husam tandatangan plak perasmian Wisma Tok Guru. Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Salleh.

Adun Tunggal Amanah Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, nama itu dipilih bagi memperingati mantan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang telah menunjuk jalan kepada rakyat Kelantan tentang aplikasi amalan Islam sebenar di zaman sekarang.

“Bagaimanapun nama ini juga kita akan gunakan untuk mengingati jasa dan sumbangan tok-tok guru yang begitu banyak memberi sumbangan kepada Islam dan masyarakat di sekitar Dun Salor ini,” kata beliau di hadapan lautan hadirin malam tadi.

Menurut Husam, antara tok guru yang dikenali di sekitar Dun Salor ialah Tok Guru Leh Muda yang hidup sezaman dengan Tok Kenali.

“Beliau merupakan seorang pakar dalam bidang pusaka.

Orang ramai bersesak sesak mendengar pengumuman sertai Amanah bersama Datuk Husam. Foto Malaysia Datelin.e oleh Wan Zahari Salleh“Hal ini terbukti pada ketika dahulu, beliau telah dibawa untuk menyelesailkan masalah pembahagian harta pusaka sekumpulan pedagang Arab di Singapura,” katanya.

Selain itu, Wisma Tok Guru turut berfungsi sebagai Pusat Perkhidmatan Rakyat (PPR) untuk menyalurkan khidmat kebajikan dan isu-isu semasa sebagai urusan asas.

“Operasi PPR ini akan bermula pada awal bulan hadapan.

“Tambahan, untuk memudahkan segala urusan maka diwujudkan ‘online survey’ untuk rakyat di Kelantan mahupun rakyat Kelantan di luar,” katanya.

Pusat itu, katanya akan memberi khidmat mendengar keluhan rakyat Kelantan, meninjau permasalahan, berkongsi penderitaan, mencari penyelesaian dan membawa harapan kepada rakyat.

“Semua ini bertujuan membantu rakyat untuk menjalani kehidupan yang lebih baik,” katanya.

Tambah Husam, dengan tertubuhnya PPR itu, konsep ‘kerajaan tanpa kerajaan’ yang ingin dilakukan oleh Amanah dapat memberi manfaat kepada rakyat serta menunjukkan kesediaan untuk mentadbir kelak.

TAGS