Husam yakin Amanah menang di Kelantan walaupun tiga penjuru

Husam yakin Amanah menang di Kelantan walaupun tiga penjuru

Adun Salor, Datuk Husam Musa yang mengumumkan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) di Cyberjaya 30 Ogos berkata beliau yakin parti yang baru disertainya boleh menang untuk mentadbir negeri dalam pilihanraya umum akan datang walaupun dalam pertandingan tiga penjuru.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Adun Salor, Datuk Husam Musa yang mengumumkan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) di Cyberjaya 30 Ogos berkata beliau yakin parti yang baru disertainya boleh menang untuk mentadbir negeri dalam pilihanraya umum akan datang walaupun dalam pertandingan tiga penjuru.

“Saya yakin gabungan Pakatan Harapan dan parti-parti pembangkang lain akan mencapai sasaran untuk menang dalam piliharaya umum ke 14,” katanya pada sidang media yang diadakan sebaik tiba di lapangan terbang Sultan Ismail Petra petang tadi.

Konvoi kereta pacuan empat roda yang membawa bendera Amanah mengiringi Husam dari Pengkalan Chepa ke Pasir Puteh.Ketibaan Husam di sambut beratus-ratus penyokong beliau yang kebanyakannya terdiri penyokong Amanah.

Selepas sidang media di ruang ketibaan, beliau diarak dengan konvoi motosikal besar dan kereta pacuan empat roda ke Pasir Puteh untuk menghadiri majlis penubuhan 16 cawangan Amanah bagi kawasan Dun Limbongan, Pasir Puteh.

Ditanya tentang Pas, beliau berkata sekarang parti itu ada tiga opsyen.

“Pas boleh pilih untuk sertai Pakatan Harapan, sertai Barisan Nasional atau terus menyendiri seperti sekarang.

“Hanya opsyen bersama Pakatan Harapan akan membolehkan parti itu boleh diterima rakyat, kalau mereka pilih opsyen lain, tentu rakyat akan tolak mereka,” katanya.

Dengan masalah yang dihadapi kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak sekarang dan kemunculan parti Bersatu oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad beliau percaya lanskap politik negara akan berubah.

“Sekarang gerakan untuk mengalahkan Umno BN turut disertai Tun Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yasin, Datuk Mukhriz dan Datuk Shafei Afdal di Sabah.

“Ini bukan perkara kecil yang harus dipandang ringan oleh sesiapa,” katanya.

Husam membuat ucapan pertama di Pasir Puteh, Kelantan selepas menjadi ahli Amanah.Ditanya mengenai rancangan beliau mengembangkan Amanah di Kelantan beliau berkata parti barunya sangat berpotensi untuk diterima dengan meluas.

“Bagi orang Pas yang mahu mengikut perjuangan Tok Guru Nik Aziz mereka kena menyertai Amanah kerana hanya Amanah serupa dengan kehendak perjuangan Islam cara arwah Tok Guru.

“Bagi orang Umno pula mereka kini terbuka dan senang hati masuk Amanah kerana parti ini tiada stigma tuduhan kafir yang dibuat oleh Pas dulu,” katanya.

TAGS