Hutang kerajaan negeri Pahang  ketelusan Adnan dipertikai Pemuda Pas

Hutang kerajaan negeri Pahang ketelusan Adnan dipertikai Pemuda Pas

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Hazmi Dobok

Pemuda Pas Pahang menyatakan kebimbangan dengan fakta yang dilaporkan dalam persidangan Dewan rakyat baru-baru ini berkaitan hutang Kerajaan Pahang.

Ketuanya Hazmi Dobok berkata, Pahang mencatatkan hutang tertinggi kepada Kerajaan Persekutuan berbanding negeri-negeri lain sebanyak RM2.9 bilion.

Menurutnya, walaupun Perdana Menteri menyatakan pinjaman tersebut bertujuan membiayai projek kemudahan asas untuk faedah rakyat dan sebagainya, tetapi ia menimbulkan persoalan tentang kebijaksanaan kerajaan Umno/BN di kepimpinan Adnan Yaakob dalam mengurus sumber kewangan negeri.

“Kebijaksanaan mengimbangi pendapatan dan pembelanjaan dan mengurus sumber hasil negeri boleh menimbulkan pertikaian.

“Rakyat berhak tahu adakah hasil pendapatan negeri memang tidak mencukupi? sampai bilakah kerajaan negeri akan terus dibelenggu hutang,” soal beliau dipetik media rasmi parti.

Katanya rakyat Pahang harus didedahkan dengan data terperinci berkenaan hutang dan mekanisme kerajaan untuk melangsaikannya agar tiada keputusan-keputusan pelik yang dibuat berkaitan kepentingan dan keutamaan rakyat terjejas disebabkan oleh hutang.

Katanya lagi, fakta berkaitan hutang ini amat mengejutkan kerana Adnan Yaakob dilihat sering mewarwarkan kompetensi kepimpinan pentadbirannya. Dengan mewarwarkan kecekapan kepimpinan pentadbirannya.

“Keburukan berhutang iaitu boleh membawa kepada pembohongan dan mungkir janji, keduanya adalah sifat orang munafik, itulah yang diajar oleh Islam kepada umatnya supaya berhati-hati dalam masalah hutang,” jelas Hazmi

TAGS