Ibu dan sepeket Milo: Majistret patut guna Seksyen 173A, kata Hanipa

Ibu dan sepeket Milo: Majistret patut guna Seksyen 173A, kata Hanipa

Majistret boleh melepaskan pesalah curi sepeket Milo dengan mengunakan Seksyen 173A Kanun Prosedur Jenayah ketika menjatuhkan hukuman berbanding seksyen 380 Kanun Keseksaan, kata Pengerusi Kanun Amanah Nasional, Mohamed Hanipa Maidin.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Pengerusi Kanun Hanipah MaidinMajistret boleh melepaskan pesalah curi sepeket Milo dengan mengunakan Seksyen 173A Kanun Prosedur Jenayah ketika menjatuhkan hukuman berbanding seksyen 380 Kanun Keseksaan, kata Pengerusi Kanun Amanah Nasional, Mohamed Hanipa Maidin.

Beliau mengulas kejadian pada 2 Mac lalu, seorang ibu S. Sellamah, 36, yang dihukum denda RM200 dan penjara sehari oleh Majistret kerana mencuri sepeket Milo bagi anaknya berumur dua tahun baru-baru ini.

“Mahkamah juga perintahkan dia dipenjara lima hari jika gagal bayar denda tersebut. Ibu itu tidak bayar denda.

“Adakah Majistret salah kerana jatuhkan hukuman tersebut? Bagi saya, Majistret itu tidak salah cuma dia sepatutnya boleh guna kuasa beliau di bawah seksyen 173A Kanun Prosedur Jenayah (CPC) ketika nak jatuhkan hukuman.

“Apa dia seksyen 173A CPC? Peguam panggil seksyen ‘bond over’. Di bawah seksyen ini, Majistret boleh melepaskan seseorang pesalah dengan sekadar beri amaran setelah ia mengambil kira sama ada faktor umur , kesihatan, keadaan mental pesalah atau remehnya kesalahan itu (the trivial nature of the offence) atau wujudnya keadaan yang boleh meringankan hukuman (extenuating circumtances).

“Bagi saya dalam kes ibu dan Milo itu wujud paling kurang dua faktor yang mewajarkan Majistret gunakan kuasa beliau di bawah seksyen 173A untuk bebaskan ibu malang itu dengan sekadar beri amaran,” terangnya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru katanya, dua faktor itu adalah remehnya kesalahan itu iaitu hanya curi sepeket Milo sahaja.

“Ini bukan seperti kes lembu NFC (itu pun dalam kes NFC , pendakwa tak teruskan kes) dan satu lagi wujud keadaan yang meringankan hukuman iaitu ibu curi sepeket Milo untuk anaknya dua tahun yang teringin sangat nak minum Milo).

“Seksyen 173A juga dikenali sebagai ‘bond over’ di mana Majistret boleh juga lepaskan pesalah dengan jaminan berkelakuan baik. Mahkamah juga boleh arah pesalah bayar pampasan tidak lebih RM50 dan boleh juga arahkan Milo itu dipulangkan semula pada tuan kedai dan sekadar bayar harga Milo itu.

“Kesimpulannya, bagi saya, tidak perlu Majistret kenakan hukum penjara atau denda RM200.

“Sebenarnya juga tidak perlu pendakwa, dakwa kes itu dari awal sebab pendakwa ada budibicara untuk tidak dakwa sepertimana Peguam Negara tak dakwa PM kerana kes RM2.6 bilion,” ujarnya.

TAGS