Ibu tukang bungkus nasi lemak dapat perhatian Awan Terengganu

Ibu tukang bungkus nasi lemak dapat perhatian Awan Terengganu

Awan Terengganu terus menerus peduli dan cakna pada golongan miskin dan memerlukan termasuk seorang ibu yang kerjanya hanya tukang bungkus nasi lemak.

Dalam program ziarah asnaf baru-baru ini keluarga Puan Rohayu Mokhtar, 36 bersama suami Muhamad Ali Wahab, 43 dan tiga anak mereka hidup dalam serba kedaifan tinggal di Pasir Panjang, Kuala Terengganu.

“Suami saya sudah tiga bulan tidak bekerja, saya bekerja mengambil upah membungkus nasi lemak,” kata Rohayu.

Tiga orang anak mereka adalah Nazifa Darwisya 5, Nur Liyana Batrisya 7 dan Ummi Nor Khairunnisa 15.

“Khairunnisa terpaksa bekerja di sebuah kedai makan dari pukul 5 petang hingga 12 tengah malam.

“Esoknya pula terpaksa ke sekolah,” katanya dengan nada pilu.

Skuad peduli Awan Terengganu yang diketuai ketua Awan negeri Puan Rosiah Ibrahim menziarahi keluarga berkenaan dan menyampaikan sedikit sumbangan berupa barangan dapur serta wang tunai.

“Alhamdulillah, kita Awan negeri dapat meringankan sedikit bebanan mereka.

“Kita juga telah menyelesaikan bil-bil yang tertunggak dan Insya Allah akan disambung semula setelah sekian lama dipotong,” kata Rosiah.

Awan negeri juga menurut Rosiah akan mengemukan permohonan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat serta memohon zakat dari Majlis Agama Islam negeri.

Di atas keprihatinan dan kecaknaan kepada sesama insan, Awan Terengganu menyeru dermawan di luar sana untuk sama-sama membantu keluarga ini.

Segala sumbangan bolehlah dimasukkan ke nombor akaun 13017018293599 Bank Islam atas nama Parti Amanah Negara negeri Terengganu.

“Jangan lupa, pastikan catat ‘sumbangan Rohayu’ setiap kali transaksi dibuat,” kata Rosiah lagi.

TAGS