• Kolumnis AMANAH 1Kolumnis AMANAH 1

Setelah cabar tinggalkan PAS, kini Hadi dakwa haram tubuhkan Amanah

 

hadi tanganhadi tangan

Setelah mencabar penentang beliau agar keluar parti dan menubuhkan parti sendiri, kini presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa penubuhan Parti Amanah Negara (Amanah) adalah haram.

Beliau mengaitkan fatwa haram itu dengan kenyataan ketua persatuan ulama sedunia Profesor Dr Yusof Qardawy dalam kenyataannya ketika memberikan ucapan dalam satu majlis di Tumpat Ahad lepas.

"Saya dapat berita mereka (parti Islam baru) telah menjelajah ke seluruh dunia berjumpa gerakan Islam. Pergi ke Tunisia, Jordan, Qatar, Turki. Rombongan mereka turut disertai DAP. Tujuannya untuk belajar tentang hudud dari mereka yang tak laksanakan hudud.

"Mereka turut berjumpa Dr Yusof Qardawi. Kebetulan saya dijemput ke Persidangan Gerakan Islam di Turki. Beberapa pemimpin gerakan Islam berjumpa saya bertanyakan perihal parti Islam baru di Malaysia. Saya terangkan keadaan sebenar kepada mereka.

"Kembalinya saya dari Turki, mereka sampai ke rumah Dr Qardawi. Lantas Qardawi menghubungi saya untuk mendengar sendiri apa pendapat kita. Saya pun menulis surat menerangkan tentang parti baru ini.

"Selepas surat itu sampai kepadanya, Dr Qardawi menyatakan haram menubuhkan parti baru kerana PAS sudah ada. Pendapatnya ini turut ditulis oleh setiausahanya," kata Abdul Hadi dalam ucapannya itu.

Menurut Abdul Hadi, umur Dr Qardawi kini melebih 90 tahun. Lebih tua dari Tok Guru Nik Aziz. Fizikalnya sangat uzur, tetapi semangatnya masih kuat. Fikirannya juga masih baik.

"Jangan pula bila mendengar fatwa Qardawi ini, mereka katakan pendapat Qardawi tidak boleh diterima kerana sudah nyanyuk. Nauzubillah," katanya dalam ucapannya itu.

Bagaimanapun selepas berkata demikian, Hadi meminta agar isu ini jangan dibesar-besarkan.

"Rasanya tak perlulah lagi kita besarkan-besarkan perkara ini. Nanti ia dianggap besar pula. Padahal perkara ini hanya kecil dan (parti tersebut) hanya serpihan sahaja. InsyaAllah bahtera ini akan terus belayar dengan baik," katanya.

Namun, ucapan dan transkrip dari ucapan Abdul Hadi ini kemudiannya telah disebarkan oleh pengikut beliau melalui media sosial.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel

Artikel berkaitan: