Tabung Haji: 8 juta pencarum tidak harus berdiam diri

Bangunan Tabung Haji berdiri megah di ibu kota Kuala Lumpur

Rakyat Malaysia termasuk penjawat awam serta lebih lapan juta pencarum di Tabung Haji (TH) dinasihatkan tidak harus berdiam diri sebaliknya lebih peka dalam memantau pengurusan institusi yang berkaitan kepentingan awam.

Shaani AbdullahRakyat Malaysia termasuk penjawat awam serta lebih lapan juta pencarum di Tabung Haji (TH) dinasihatkan tidak harus berdiam diri sebaliknya lebih peka dalam memantau pengurusan institusi yang berkaitan kepentingan awam.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC), Muhammad Shaani Abdullah berkata, penyusutan rizab dan pelaburan TH seperti didedahkan dalam surat nasihat Bank Negara Malaysia (BNM) kepada institusi itu wajar membuka mata rakyat sejauhmana peranan mereka dalam memberi tekanan berkaitan integriti.

“Rakyat harus mainkan peranan sebagai pihak berkepentingan utama dalam pentadbiran negara dengan tegas bersuara terhadap setiap tindakan dan keputusan badan awam yang membelakangi kepentingan orang ramai.

“Tiada jabatan atau agensi kebal dari kegagalan. TH duit pelabur. Cukai, pendapatan kerajaan juga duit rakyat. Mengapa kita tidak tuntut hak kita?” tegasnya ketika dihubungi Malaysia Dateline.

Mengulas lanjut Shaani berkata, pengupayaan rakyat untuk menyertai proses pentadbiran negara harus menjadi peranan kerajaan serta NGO-NGO termasuk parti politik.

“Zaman kerajaan tahu apa yang baik untuk rakyat telah berakhir dan hanya menjadi slogan menyedapkan hati rakyat sebab ia harus menjadi agenda utama semua parti politik. Rakyat yang sedar dan faham tentang haknya akan bertindak dengan lebih bertanggungjawab,” tambahnya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi TH yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno dan Ahli Parlimen BN, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menafikan TH rugi dan kehilangan wang sehingga tidak dapat membayar dividen kepada pencarum.

Beliau semalam dilaporkan berkata, hal berkenaan dapat dilihat pada subsidi TH bagi tahun ini iaitu RM106 juta dengan institusi itu hanya mengambil caj kos sebanyak RM9,980 walaupun kos untuk jemaah haji berjumlah RM18,980.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

Cetak Emel

Artikel berkaitan: