Adenan Satim hanya cadang tarikh, pilihan raya Sarawak selepas Dun bubar - SPR

Pilihanraya Negeri Sarawak hanya berlaku selepas Dewan Undangan Negeri dibubarkan.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata sesiapa sahaja boleh memberi cadangan mengenai tarikh Pilihan Raya Negeri Sarawak.

Namun katanya mengikut peruntukan SPR, proses pilihan raya hanya akan diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) itu.

"Selagi Dun tidak dibubarkan, SPR tidak akan menentukan tarikh pilihan raya kerana tugas berkaitan pilihan raya hanya bermula selepas itu termasuk urusan tarikh penamaan calon dan pengundian.

"Itu sahaja maklum balas SPR berkaitan kenyataan itu," katanya kepada Bernama malam ini.

Beliau mengulas mengenai cadangan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem malam ini bahawa beliau memilih mengadakan Pilihan Raya Negeri ke-11 pada 30 April depan, manakala tarikh penamaan calon pada 18 April.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

Cetak Emel

Artikel berkaitan: