• Kolumnis AMANAH 1Kolumnis AMANAH 1

Ramai masih berharap PAS sertai Pakatan Harapan

 

Pakatan HarapanPakatan Harapan

Seramai kira-kira 20 rakan penulis yang menyokong Pakatan Harapan (PH) berkata mereka amat sedih dengan pendirian PAS yang tidak berminat untuk menyertai Pakatan Harapan. 

Mereka yang telah diwawancara melalui telefon semua bersetuju bahawa PAS bertekad untuk bersendirian kerana tidak suka kepada DAP. Jika hal itu adalah benar, maka PAS kurang bijak.

Ini kerana PAS harus sedar bahawa bertanding bersendirian tidak akan membolehkan mereka menawan Putrajaya.  Atau adakah mereka telah melupakan hasrat tersebut?

"Ketika ekonomi negara dilanda masalah penyusutan nilai matawang ringgit, pihak pembangkang pula lemah.  Inilah situasi yang malang sekali untuk rakyat Malaysia," kata Peter Lim yang berusia 74 tahun yang memiliki sebuah kedai kopi di Segambut.

Lim juga berterus-terang menyatakan kini PAS nampaknya berdegil dan angkuh pula.

Seorang lagi rakan penulis, pemandu teksi yang bernama Robert Tan berkata pihak pembangkang mesti bersuara mengenai isu kos sara hidup yang sentiasa sahaja meningkat dan isu ini harus dijadikan isu utama dalam perjuangan Pakatan demi kebaikan rakyat, lebih-lebih lagi pada masa kini apabila kadar tol baru sahaja dinaikkan secara mendadak.

Kini pun harga barang semakin naik selepas kenaikan harga minyak pada 1 Oktober lalu.  Dan banyak lagi harga barang akan mengalami kenaikan disebabkan oleh kenaikan harga tol.

Nampaknya pembentukan Pakatan yang baru belum kukuh lagi.  Ketiga-tiga parti dalam Pakatan Harapan (Amanah, PKR dan DAP) kelihatan kurang serasi. 

"Adalah amat malang PAS tidak menyertai Pakatan," ujar Alan Loh, seorang pesara yang berusia 63 tahun.

Seorang lagi pesara yang bernama Rajagopal berasa kecewa bahawa sampai sekarang pihak pembangkang belum lagi mempunyai halataju yang jelas. 

Beliau berkata kalau Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) diadakan pada tahun hadapan, kemungkinan BN akan menang lagi kerana parti komponen Pakatan kurang bersepakat.

11 daripada 20 orang yang ditemubual berasa kurang yakin Pakatan akan menang PRU14 tanpa PAS.  Diantara sebab-sebab yang diberi ialah PAS mempunyai sokongan yang masih kukuh di kawasan kampung terutamanya di negeri Kelantan dan Terengganu. 

Mereka berkata walaupun PAS tidak suka kepada DAP, PAS tidak harus menjadikannya sebagai alasan untuk tidak menyertai Pakatan.

PAS harus menyertai Pakatan untuk mengukuhkan Pakatan dan jangan biarkan tenaga pembangkang dipecah-belahkan.  Semua parti pembangkang patut bersatu kerana mempunyai tujuan dan matlamat yang sama.

"Baru-baru ini juga dapat dilihat bahawa PAS seolah-olah sudah mesra dengan BN.  Mungkin saya saja yang berpendapat begitu, tak tahulah," kata Pakcik Hatta, seorang penjual burger yang menyokong PAS.

PAS patut sedar bahawa kalau mereka bersendirian, pakatan pembangkang akan tumbang sekali lagi.  Justeru itu, apakah masa depan negara? 

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel