Insentif getah keping tidak ubah nasib penoreh - Amanah Kedah

Sulaiman IbrahimSulaiman IbrahimSkim Insentif Pengeluaran Getah (IPG) yang diumumkan Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia (LGM) tidak banyak membantu mengubah nasib penoreh getah beku di negara ini terutamanya penoreh getah yang mengambil upah (pawah), kata Pengarah Biro Tanah/Luar Bandar Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah, Sulaiman Ibrahim.

Sulaiman yang juga Ketua Amanah Kawasan Sik berkata, pengumuman Datuk Dr. Mohd Akbar Md Said berkenaan pemberian IPG sebanyak RM0.80 sekilogram untuk getah keping itu walaupun disambut baik tidak memberi kesan besar kepada penoreh getah beku.

Menurutnya, IPG dilaksanakan bagi meningkatkan pendapatan penoreh disamping menggalakkan pengeluaran getah keping SMR20 yang berkualiti.

Bagaimanapun jelas beliau, pemberian IPG tidak akan mengubah pendapatan penoreh getah pawah yang kini hanyalah RM30 hingga RM40 seminggu selepas dibahagi dua dengan pemilik kebun.

Harga getah sekerap di pasaran kini di sekitar RM1.70 sekilogram.

"Sistem yang dibuat ini tidak menunjukkan apa-apa perubahan di peringkat bawahan. Oleh sebab itu kita memohon pihak kerajaan meletakkan RM3.50 harga lantai bagi kesamarataan pendapatan golongan bawahan bagi meningkatkan taraf hidup penoreh," ujarnya.

Sulaiman yang lebih dikenali sebagai Leman Raja Lawan kesal kerana usul dan saranan bagi mengurangkan beban hidup rakyat khususnya penoreh getah tidak diambil peduli kerajaan BN semata-mata kerana ianya datang daripada pembangkang.

Beliau bagaimanapun berharap memorandum yang bakal dihantar kepada pihak LGM dan Kementerian Luar Bandar diterima dengan baik dan rayuan rakyat bawahan yang inginkan taraf hidup mereka lebih sempurna ditunaikan.

"Permintaan harga lantai getah beku kepada RM3.50 sekilogram akan tetap diteruskan," ujar beliau.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel

Artikel berkaitan: