Gantung 6 bulan hanya hapus ruang demokrasi negara

 

Lim Kit SiangLim Kit Siang

Pergantungan Parlimen selama enam bulan yang dikenakan ke atas Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang hanya akan menghapuskan ruang demokrasi negara ini.

Ahli Parlimen Kliang, Liew Chin Tong berkata, ruang demokrasi negara ini seolah-olah dinafikan ekoran ketakutan Kerajaan Umno Barisan Nasional terhadap  Penasihat DAP itu.

"Mengantung Kit Siang tidak akan mendiamkan beliau untuk terus berbakti kepada masyarakat.

"Apa yang berlaku sekarang, wujudnya tekanan yang mahu beliau berhenti dari terus bersuara kerana mereka tahu, rakyat Malaysia lebih mempercayai Kit Siang berbanding apa yang dilakukan Barisan Nasional kini," jelasnya dalam kenyataan.

Kit Siang digantung parlimen selama enam bulan bermula 22 Oktober lalu selepas enggan mengeluarkan permohonan maaf membabitkan kenyataan yang dikeluarkannya terhadap Speaker Dewan, Pandikar Amin.

 Kit Siang sebelum ini mempersoal kredibiliti Pandikar berhubung skandal 1MDB yang turut melibatkan Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel

Artikel berkaitan: