Ini adalah Belanjawan GST, kata Pemuda Amanah

Sany Hamzan

Pemuda Amanah Nasional (Pemuda Amanah) menyifatkan belanjawan 2016 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam sebagai "belanjawan GST".

 

Sany HamzanPemuda Amanah Nasional (Pemuda Amanah) menyifatkan belanjawan 2016 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam sebagai "belanjawan GST".

Ini ekoran kenyataan Najib bahawa antara sumbangan terbesar kepada belanjawan kali ini adalah dari GST.

Namun ketuanya, Sany Hamzan berkata, jangkaan hasil kutipan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), seperti yang dibentangkan adalah sangat tidak logik.

"Jika kutipan dua suku yang pertama berjumlah RM7.6 billion, maka pada jangkaan Pemuda Amanah, nilai maksimum paling optimis yang mungkin untuk kerajaan perolehi hanyalah pada kadar RM36 billion," katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, apabila kerajaan menjangkakan kutipan daripada cukai tersebut mampu mencecah RM39 billion, angka ini dianggap sebagai suatu nilai yang sangat tidak munasabah melainkan kerajaan merancang untuk menaikkan kadar GST.

"Soalan yang perlu dijawab oleh kerajaan ialah, apakah asas kepada angka RM39 billion ini? Jika benar anggaran RM39 billion kutipan GST, maka secara purata, rakyat Malaysia akan membayar sekitar RM1300 setiap seorang," katanya.

Pemuda Amanah menuntut kerajaan memberikan penjelasan yang jujur kerana ia sangat berkait dengan kadar jangkaan defisit yang telah dibuat.

"Pada perkiraan Pemuda AMANAH, jangkaan defisit yang dibuat iaitu pada kadar 3.1% itu langsung tidak logik.

"Hakikatnya, jika perbelanjaan yang sama diteruskan, nilai yang lebih munasabah yang harus ditetapkan kerajaan adalah antara 3.3%-3.6%. Dengan nilai defisit sebesar ini, apakah 'exit plan' yang boleh diusahakan kerajaan untuk menjamin keutuhan kewangan negara?" soalnya.

Selain itu, private consumption growth dijangka akan jatuh kepada 6.4% pada tahun 2016 berbanding jangkaan 6.8% untuk tahun 2015.

Namun begitu, hasil kutipan GST dijangka melonjak pada tahap yang sangat banyak dan langsung tidak selari dengan jangkaan yang dibuat.

"Sekali lagi, Pemuda Amanah menuntut kerajaan untuk jujur dalam hal ini. Adakah jangkaan-jangkaan yang dibuat sekadar ingin mengaburi mata rakyat atau wujud mekanisme lain yang sedang dirangka bagi melonjakkan kadar kutipan GST?" soalnya lagi.

Pemuda Amanah dalam pada itu turut hairan dengan peningkatan debt service charges negara  sebanyak 9.3% kepada RM26.6 billion jika dikatakan hutang kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) menunjukkan kadar kemajuan.

"Jumlah ini ternyata jauh berbeza berbanding RM15.6 billion yang dicatatkan pada tahun 2010.

"Kerajaan menjangkakan KDNK sebenar akan berkembang lebih perlahan dengan kadar 4.8% pada tahun hadapan berbanding 5.0% untuk tahun ini. Dengan jangkaan kadar tersebut, mengapa jangkaan KDNK nominal pula lebih tinggi dengan kadar 7.0% untuk tahun hadapan, sedangkan tahun ini kerajaan menjangkakan sekitar 5.5% sahaja?" soalnya.

Justeru Pemuda amanah tidak menolak kenungkinan negara berdepan risiko inflasi tinggi yang tidak mahu disebutkan oleh kerajaan.

"Rumusan awal yang boleh dibuat Pemuda Amanah,  dengan kerajaan meletakkan nilai jangkaan KDNK nominal yang lebih tinggi, selain jangkaan nilai kutipan hasil kerajaan yang langsung tidak logik, kerajaan seakan-akan sengaja ingin menutup hakikat bahawa Malaysia berkemungkinan besar akan menghadapi belanjawan defisit yang lebih besar pada tahun hadapan," katanya.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

Cetak Emel

Artikel berkaitan: