• Kolumnis AMANAH 1Kolumnis AMANAH 1

Saya bantah dalam duduk, kata Nik Abduh dalam isu 'mana 2.6 bilion'

Nik Abduh dan pemimpin kanan PAS lain tidak mengangkat sepanduk bertanya mana pergi wang RM2.6 bilion.Nik Abduh dan pemimpin kanan PAS lain tidak mengangkat sepanduk bertanya mana pergi wang RM2.6 bilion.

 

Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz berkata, beliau membantah dalam duduk ketika tidak bangun bersama ahli pembangkang lain menunjukkan sepanduk "Mana wang 2.6 bilion" dalam Dewan Rakyat Jumaat lepas.

"Saya protes BN dalam duduk, berdiri dan dalam rebah pun. Saya tak perlu bersama atau sama dengan sesiapa untuk menentang pengkhianat," kata Nik Abduh menjawab persoalan kenapa beliau bersama pimpinan PAS yang lain tidak sama-sama menaikkan sepanduk "Mana wang 2.6 bilion" dalam Dewan Rakyat.Nik Abduh Nik AzizNik Abduh Nik Aziz

"Ramai desak saya, mengapa tak turut bangun tanya 'Mana 2.6B?'. Saya jawab, kerana semua di hadapan saya bangun berdiri puji PM sambil angkat buku bajet. Saya pun duduk, protes 'bajet panadol' yang takkan berjaya.

"Saya hanya perlu bersama rakyat selepas Allah," kata Nik Abduh yang juga ketua pemuda PAS melalui facebooknya.

Nik Abduh membuat jawapan itu selepas pelbagai pihak bertanya kenapa beliau bersama beberapa lagi pemimpin kanan PAS tidak turut mengangkat sepanduk "Mana wang 2.6 bilion" sebagaimana yang dilakukan oleh ahli parlimen pembangkang dalam Dewan Rakyat baru-baru ini.

Mereka berbuat demikian sebaik sahaja perdana menteri Datuk Seri Najib Razak selesai membentangkan Bajet 2016 di Dewan Rakyat Jumaat lepas.

Turut tidak mengangkat sepanduk itu adalah setiausaha agung PAS Takiyudin Hassan (Kota Bharu), ketua penerangan PAS Nasrudin Hassan (Temerloh) dan beberapa orang lagi.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak ada dalam Dewan Rakyat ketika bajet itu dibentangkan.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel

Artikel berkaitan: