Soalan Husam akan dijawab dalam sidang Dun, kata pejabat MB Kelantan

 

Datuk Ahmad YakubDatuk Ahmad YakubSoalan bertubi-tubi dari Adun Salor, Datuk Husam Musa akan dijawab oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub dalam sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) yang akan bermula 2 November ini.

Setiausaha Akhbarnya Mohd Asri Mat Daud berkata, Ustaz Datuk Ahmad Yakob telah meneliti soalan yang diemailkan kepada pejabatnya dan akan menjawabnya di persidangan Dun nanti.

“Oleh itu Menteri Besar berharap wakil-wakil rakyat dapat mengemukakan soalan sepanjang persidangan tersebut diadakan.

“Begitu juga isu dibangkit Adun yang dihantar melalui surat akan dijawab pada persidangan Dun 2 hingga 5 November ini,” katanya di sini, lapor media rasmi PAS, Harakahdaily.

Difahamkan Adun Salor, Datuk Husam Musa antara Adun yang aktif menghantar surat kepada kerajaan negeri dengan membangkitkan isu termasuk pembalakan di Hutan Simpan Ulu Sat dan pembalakan laluan lebuh raya rakyat.

Selain itu Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK), fakta-fakta isu penswastaan tebangan balak KPK dan pemberian hutan simpan kekal untuk ladang hutan.

Turut ditanya Husam adalah isu tunggakan carumana Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang dipotong dari kakitangannya tetapi tidak dicarumkan ke dalam agensi terbabit.

Surat mengenai soalann itu yang sebelum ini diviral di media baru kini dicetak setebal 24 halaman diedar pihak tertentu difahamkan program anjuran Parti Amanah Negara (Amanah) Sabtu lepas.

Mohd Asri berkata apabila isu membabitkan kerajaaan negeri diviralkan di laman sosial ia akan mengundang kekeliruan orang ramai yang tidak tahu kedudukan sebenar.



PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel

Artikel berkaitan: