Umno tiada masalah berbaik dengan PAS, kata Ku Nan

Kerjasama PAS Umno dialu-alukan pelbagai pihak.Kerjasama PAS Umno dialu-alukan pelbagai pihak.
Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Umno tidak mempunyai masalah sekiranya Pas ingin berbaik dengan partinya itu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengatakan tidak akan terlibat dalam perhimpunan bagi mendesak perdana menteri meletak jawatan pada 27 Mac ini.

"Baguslah kalau (Pas) nak berkawan baik. Nak berbaik kita tak ada masalah, nak berbaik tak ada masalah," kata Tengku Adnan ringkas.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Kenduri 1Wilayah Persekutuan di kawasan Parlimen Segambut hari ini, lapor Malaysiakini.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan kenyataan Hadi yang tidak akan menyertai sebarang himpunan bagi mendesak perdana menteri melepaskan jawatannya.

Hadi juga dipetik sebagai berkata, beliau merupakan seorang yang hanya anti-Umno tetapi bukan anti ahli Umno.

Sebelum ini, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim menyuarakan hasrat untuk menganjurkan satu perhimpunan bagi mendesak Najib berundur

Bagaimanapun, Zaid berkata, acara yang dijadualkan pada 27 Mac itu bukan merupakan bantahan awam tetapi satu acara ‘tertutup’ dan atas ‘jemputan sahaja’ kepada kira-kira 1,000 orang.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel

Artikel berkaitan: