Bebaskan Anwar agenda utama Pakatan Harapan

Pakatan Harapan hari ini menetapkan agenda pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi agenda utama selain agenda reformasi lain dalam usaha menyelamatkan Malaysia.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, strategi tiga serampang akan digerakkan secara bersepadu oleh Pakatan Harapan dalam kempen terbabit di seluruh negara.

Dua agenda reformasi lain ialah menuntut reformasi institusi dan menuntut Najib Razak meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Pada masa sama, katanya, Pakatan Harapan turut menganjurkan siri himpunan "Muafakat Selamat Malaysia" di setiap negeri mulai bulan ini.

Perhimpunan Aman tersebut, ujarnya, sebagai pentas kepada semua pihak termasuk Tun Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz bagi menggembleng sokongan rakyat mendesak pengunduran Najib yang juga Presiden Umno itu.

Anwar, 68, sedang menjalani hukuman penjara selama lima tahun mulai 10 Februari 2015.

Bekas Ketua Pembangkang tersebut dibebaskan pada 2004 selepas dipenjara hampir enam tahun.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel

Artikel berkaitan: