Angkat plakad perbuatan tidak beradab, kata presiden PAS

Datuk Seri Abdul Hadi AwangDatuk Seri Abdul Hadi Awang

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahan tindakan beberapa ahli parlimen parti itu yang tidak turut serta mengangkat plakad "mana RM2.6 bilion?" selepas pembentangan Bajet 2016 oleh Perdana Menteri Jumaat lalu.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, perbuatan mengangkat plakad itu adalah sesuatu yang tidak sopan dan tidak beradab.

Malah menurut beliau, tindakan serupa itu hanya sesuai dilakukan oleh peserta demonstrasi dan bukannya oleh ahli parlimen.

"Kita bukan peserta demonstrasi, kita ahli Parlimen yang beradab," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Jumaat lalu, anggota parlimen daripada pembangkang khususnya Pakatan Harapan yang terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah mengangkat plakad itu sejurus Datuk Seri Najib selesai membentangkan Bajet 2016 di Dewan Rakyat.

Turut bertidak serupa, ahli parlimen daripada PAS termasuk Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena), Siti Zailah Mohd Yusuf (Rantau Panjang).

Bagaimanapun beberapa ahli parlimen parti Islam itu termasuk Nasruddin Hassan (Temerloh), Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz (Pasir Mas), Dr Khairuddin Aman Razali (Kuala Nerus) dan Datuk Takiyuddin Hassan (Kota Bharu), hanya duduk dan tidak bersama mengangkat plakad itu itu.

Tindakan berdiam diri mereka itu kemudiannya dikritik oleh netizen, termasuk ketiadaan kelibat Abdul Hadi sendiri semasa pembentangan bajet itu.

 

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel

Artikel berkaitan: