Pengundi dakwa ada dokumen rasuah balak di Kelantan

Aduan rasuah balak di Kelantan

Seorang pengundi luar Kelantan hari ini mendakwa mempunyai dokumen yang menyatakan dengan jelas wujudnya rasuah bernilai RM5 juta berkaitan pembalakan di Kelantan.

 

Aduan rasuah balak di Kelantan

Seorang pengundi luar Kelantan hari ini mendakwa mempunyai dokumen yang menyatakan dengan jelas wujudnya rasuah bernilai RM5 juta berkaitan pembalakan di Kelantan.

Mohd Afiq Ayob mewakili pengundi luar Kelantan memfailkan aduan rasmi berhubung perkara tersebut kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya hari ini.

Dokumen yang diserahkan beliau menyatakan dengan jelas wujudnya transaksi  melibatkan pembayaran wang kepada seorang Exco Kerajaan Negeri Kelantan.

Dokumen itu juga menunjukkan ‘sumbangan’ kenderaan Toyota fortuner termasuk salinan perjanjian jual belinya, dan bayaran perbelanjaan ke luar negara seorang exco negeri Kelantan.

Selain itu, dokumen juga berkaitan 'sumbangan’ RM32,000 berbentuk lembu korban ke kawasan seorang exco kerajaan negeri, ‘sumbangan’ ‘tile’ untuk lantai bagi ubah suai bernilai RM34,544.80 termasuk invoice penghantaran yang mana bilnya dibayar oleh sebuah syarikat yang terlibat pembalakan.

Terdapat juga pembayaran melalui peguam bernilai RM1 juta yang disertakan dokumen berbentuk resit dan salinan cek.

Afiq turut menyerahkan dokumen pembayaran tunai atas nama anak syarikat kerajaan negeri kepada seorang yang berpangkat datuk yang menggunakan alamat Istana Negara bernilai RM150,000 yang tercatat baki bernilai RM4,850,000 (RM4.85 juta) selain salinan cek pembayaran kepada seorang yang berpangkat Datuk bernilai RM1juta.

Menurut beliau, semua transaksi tersebut dibuat oleh seorang datuk berbangsa Cina bertindak bagi sebuah syarikat berkaitan perkayuan (balak) yang beralamat di Kuala Lumpur.

"Diyakini SPRM bukan sahaja tidak punya alasan untuk memulakan siasatan tetapi dengan dokumen lebih 50 helaian bukti yang saya serahkan mampu untuk menyelesaikan hampir setengah kes ini," katanya.

Beliau berkata, dokumen  bukti yang diserahkan kepada SPRM jelas menyebut beberapa kali nama seorang Exco Kerajaan Negeri Kelantan.

Lebih pelik lagi katanya, kegiatan Exco Kerajaan Negeri Kelantan yang dimaksudkan turut  melibatkan seorang datuk yang menggunakan alamat Istana Negara dan dari carian laman sosialnya ia dikenali cukup rapat dengan pimpinan kerajaan pusat.

"Selaku anak muda Kelantan saya cukup gusar dengan perkembangan mutakhir ini. Selama ini saya dan kawan-kawan begitu bangga dengan pemerintahan bersih kerajaan Kelantan di bawah almarhum Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Tindakan saya ialah untuk membersihkan Kerajaan Kelantan dari anasir rasuah yang mengotori dan terus mempertahankan Kelantan dibawah pemerintahan bukan Barisan Nasional," katanya.

Justeru beliau memberi masa 30 hari kepada SPRM untuk menyesaikan kes berkenaan.

"Jika tidak saya dan teman-teman tidak punya banyak pilihan selain dari mendedahkan semua dokumen dan bukti terbabit kepada rakyat.

"Kami bersedia mencetak semua bukti tersebut untuk edaran kepada rakyat khususnya seluruh negeri Kelantan. Pelaku yang mengotori Kerajaan Kelantan harus disingkirkan segera.

Dalam pada masa itu beliau bersedia untuk bertemu Datuk Menteri Besar Kelantan bagi menjelaskan dan menyerahkan semua dokumen bukti terbabit dengan syarat, exco terbabit perlu digantung khidmat tugas serta merta sepanjang penyiasatan ini dan selepas terbukti bersalah Kerajaan Negeri sendiri harus bertindak ke atas Exco ini selain dari tindakan undang-undang oleh SPRM.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

Cetak Emel

Artikel berkaitan: