DAP pilih Gan Peck Cheng ketua pembangkang Johor yang baru

Gan Peck ChengGan Peck ChengMesyuarat DAP Pusat mencalonkan Ahli Dewan Undangan Negeri Penggaram, Gan Peck Cheng dilantik sebagai ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri Johor yang baru bagi menggantikan Dr Boo Cheng Hau yang meletakkan jawatan.

Turut dicalonkan adalah Adun Jementah, Tan Chen Choon sebagai timbalan ketua pembangkang sebagai tambahan kepada jawatan ketua whip DAP, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Dr Boo melepaskan jawatannya pada 12 Oktober lalu selepas tidak memenangi sebarang tempat dalam 15 anggota yang terpilih dalam pertandingan merebut jawatan AJK DAP Johor dua minggu lalu.

Cheng Hau berkata, beliau sudah memaklumkan keputusan itu kepada Speaker DUN Johor, Tan Sri Mohamed Aziz dan Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, pagi tadi menerusi kiriman e-mail.

Bagaimanapun, katanya beliau masih kekal sebagai ADUN Skudai dan Ahli Jawatankuasa Pusat (CC) DAP.

Dua tahun lalu, Dr Boo tewas dalam perebutan pengerusi DAP Johor di tangan ahli parlimen Kluang, Liew Chin Tong.

Chin Tong mengekalkan jawatannya sebagai pengerusi DAP dalam pemilihan dua minggu lepas.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada Dr Boo Cheng Hau di atas perkhidmatannya sebagai ketua pembangkang yang telah melepaskan jawatannya 12 Oktober lepas," kata Lim Guan Eng.

Perlantikan rasmi Gan Peck Cheng hanya akan disahkan oleh Dewan Undangan Negeri Johor apabila ia bersidang nanti. Namun DAP mempunyai majoriti ahli pembangkang di Johor iaitu 13.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel

Artikel berkaitan: