Pemuda PAS Kelantan alu-alukan laporan rasuah kepada SPRM

Ahmad Fadhli Shaari

Pemuda PAS Kelantan mengalu-alukan laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dibuat oleh seorang pengundi Kelantan di Putrajaya semalam.

Ahmad Fadhli ShaariPemuda PAS Kelantan mengalu-alukan laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dibuat oleh seorang pengundi Kelantan di Putrajaya semalam.

Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, beliau yakin kerajaan negeri Kelantan akan membuka pintu siasatan 25 jam sehari.

"Kita mengalu-alukan sebarang aduan ke pihak SPRM berhubung pecah amanh atau apa saja salah laku yang melibatkan kerajaan Kelantan.

"Membuat aduan ke SPRM itu ialah tindakan yang tepat," kata beliau dalam satu posting di facebooknya.

Fadhli yang juga Pengarah Urusetia Belia dan Sukan kerajaan negeri Kelantan itu mengulas laporan oleh seorang pengundi luar Kelantan yang kini tinggal di luar Kelantan.

Seorang pengundi luar Kelantan semalam mendakwa mempunyai dokumen yang menyatakan dengan jelas wujudnya rasuah bernilai RM5 juta berkaitan pembalakan di Kelantan.

Mohd Afiq Ayob mewakili pengundi luar Kelantan memfailkan aduan rasmi berhubung perkara tersebut kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya.

Dokumen yang diserahkan beliau menyatakan dengan jelas wujudnya transaksi melibatkan pembayaran wang kepada seorang Exco Kerajaan Negeri Kelantan.

Dokumen itu juga menunjukkan ‘sumbangan’ kenderaan Toyota fortuner termasuk salinan perjanjian jual belinya, dan bayaran perbelanjaan ke luar negara seorang exco negeri Kelantan.

Selain itu, dokumen juga berkaitan 'sumbangan’ RM32,000 berbentuk lembu korban ke kawasan seorang exco kerajaan negeri, ‘sumbangan’ ‘tile’ untuk lantai bagi ubah suai bernilai RM34,544.80 termasuk invoice penghantaran yang mana bilnya dibayar oleh sebuah syarikat yang terlibat pembalakan.

Terdapat juga pembayaran melalui peguam bernilai RM1 juta yang disertakan dokumen berbentuk resit dan salinan cek.

Afiq turut menyerahkan dokumen pembayaran tunai atas nama anak syarikat kerajaan negeri kepada seorang yang berpangkat datuk yang menggunakan alamat Istana Negara bernilai RM150,000 yang tercatat baki bernilai RM4,850,000 (RM4.85 juta) selain salinan cek pembayaran kepada seorang yang berpangkat Datuk bernilai RM1juta.

Menurut beliau, semua transaksi tersebut dibuat oleh seorang datuk berbangsa Cina bertindak bagi sebuah syarikat berkaitan perkayuan (balak) yang beralamat di Kuala Lumpur.

"Diyakini SPRM bukan sahaja tidak punya alasan untuk memulakan siasatan tetapi dengan dokumen lebih 50 helaian bukti yang saya serahkan mampu untuk menyelesaikan hampir setengah kes ini," katanya.

Beliau berkata, dokumen bukti yang diserahkan kepada SPRM jelas menyebut beberapa kali nama seorang Exco Kerajaan Negeri Kelantan.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

Cetak Emel

Artikel berkaitan: