"Bagi beras sama macam Amanah, hangpa buat apa?" bidas Leman Raja Lawan

Ratusan penduduk tempatan hadir dalam Perhimpunan Aman Derita Penoreh Getah di Pekan Sik.

Bukan taraf sebuah kerajaan negeri untuk memberi barangan asas harian seperti beras secara sekaligus (one off) kepada rakyat miskin yang telah dilakukan terlebih awal oleh Amanah Parlimen Sik, bidas Pengerusinya, Sulaiman Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Leman Raja Lawan.

 

 

Ratusan penduduk tempatan hadir dalam Perhimpunan Aman Derita Penoreh Getah di Pekan Sik.


Bukan taraf sebuah kerajaan negeri untuk memberi barangan asas harian seperti beras secara sekaligus (one off) kepada rakyat miskin yang telah dilakukan terlebih awal oleh Amanah Parlimen Sik, bidas Pengerusinya, Sulaiman Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Leman Raja Lawan.

Beliau berkata, pihak kerajaan sepatutnya mencari penyelesaian lebih berkesan bagi menangani kejatuhan harga getah yang telah lama membebankan golongan penoreh.

"Hang tu kerajaan. Tolong ubah sistem. Cari mekanisme baru ubah. RM30 seminggu (getah sekerap) nak makan apa? Masuk kawasan Dun Belantik, Landai. Lihat apa penderitaan orang kampung.

"Dia (kerajaan) tengok kita bawa barang dapur, dia pun buat benda sama. Sepatutnya boleh ubah sistem itu. Letak harga lantai untuk jaga ekonomi rakyat bawahan sebab itu kita buat desakan," tegasnya dalam ceramah di Sik, malam tadi.

Leman berucap pada perhimpunan penoreh di pekan Sik.Pembaharuan

Terdahulu, ketika ditemui Malaysia Dateline di Pejabat Amanah Parlimen Sik, beliau berkata, kerajaan negeri Kedah pada masa sama wajar melakukan pembaharuan dalam sektor pertanian.

"Keluasan tanah masih ada tetapi import makanan kita tinggi. Kerajaan mahu tidak mahu mesti meneroka peluang baru untuk memajukan pertanian. Kalau Thailand boleh, kenapa kita tidak," ujarnya lagi.

Dalam hal berkaitan, kira-kira 300 penduduk tempatan hadir dalam Perhimpunan Aman Derita Penoreh Getah di Pekan Sik petang semalam yang turut dihadiri Pengerusi Biro Tanah dan Luar Bandar Amanah, Mazlan Aliman.

Mereka menuntut supaya kerajaan menetapkan harga lantai getah sekerap pada RM3.50 sekilogram.

Harga komoditi itu sejak beberapa tahun lalu merudum antara RM1.60 sehingga RM1.80 sekilogram sekaligus menyebabkan ribuan keluarga penoreh hidup di dalam lingkaran ganas kemiskinan.

Penoreh Sik juga dari Padang Terap berhimpun desak harga lantai getah pada RM3.50.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

Cetak Emel

Artikel berkaitan: