Adakah SRC International bukan satu-satunya bagi derma untuk Najib, soal MP DAP

Teo Nie Ching

Jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said yang tidak menafikan Perdana Menteri ada menerima 'derma' dari syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk kawasan parlimennya membimbangkan, kata ahli parlimen Kulai, Teo Nie Ching.

Teo Nie ChingJawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said yang tidak menafikan Perdana Menteri ada menerima 'derma' dari syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk kawasan parlimennya membimbangkan, kata ahli parlimen Kulai, Teo Nie Ching.

"Adakah dia berkata SRC International bukan satu-satunya GLC yang 'menderma' wang kepada Najib," kata Nie Ching dalam kenyataannya hari ini.

"Adakah 'derma' RM42 juta dari SRC International hanya bongkah ais dipermukaan sahaja?

"Jika begitu, berapa banyak lagi GLC yang memberi 'derma' kepada Najib sebelum ini dan berapa banyak wang pembayar cukai telah di'derma'kan kepada akaun pribadi Najib," soalnya lagi.

Sehubungan dengan itu, beliau mencabar jika Najib tidak ada sesuatu yang hendak disembunyikan, dia perlu menjelaskan perkara ini segera.

"Berhenti dari memberikan alasan boring atau cuba untuk memperbodohkan orang ramai jika beliau benar-benar jelas, dan memberitahu orang ramai bahawa dia menerima 'derma' dari GLC," katanya.

Nie Ching sebelum ini membuat pertanyaan di Dewan Rakyat tentang laporan Wall Street Journal (WSJ) bahawa SRC International didapati telah memasukkan RM42 juta ke dalam akaun pribadi Najib menjelang pilihan raya umum ke 13.

Sehingga sekarang, Najib tidak menafikannya dan tidak juga menyaman WSJ kerana memfitnah beliau.

Beliau telah bertanya soalan kepada Najib di Dewan Rakyat tentang hal ini, namun beliau tidak menjawabnya.

Azalina juga tidak mahu menjawab soalan itu kerana katanya ia sedang disiasat.

Dalam bahagian kedua soalannya, Nie Chin bertanya, apakah perdana menteri juga menerima 'derma' dari GLC yang lain.

"Azalina tidak menafikannya. Bahkan berkata, Najib sebagai ahli parlimen Pekan, menerima derma untuk menjalankan kerja-kerja politik di kawasan yang diwakilinya," kata Nie Ching.

 

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

Cetak Emel

Artikel berkaitan: