DAP tak bagi sekupang pun, Guan Eng kedekut - Mohamad Sabu

Lim Guan Eng

Parti Amanah Negara (Amanah) tidak menerima sebarang bantuan kewangan daripada DAP sepanjang enam bulan penubuhannya dan dakwaan kononnya parti gabungan Pakatan Harapan itu ditaja DAP adalah suatu fitnah.

 

 

Mohamad SabuParti Amanah Negara (Amanah) tidak menerima sebarang bantuan kewangan daripada DAP sepanjang enam bulan penubuhannya dan dakwaan kononnya parti gabungan Pakatan Harapan itu ditaja DAP adalah suatu fitnah.

Sambil menyifatkan dakwaan itu sebagai 'mengarut', Presiden Amanah Mohamad Sabu menggelarkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebagai 'kedekut' kerana tidak pernah menghulurkan bantuan kewangan kepada Amanah seperti didakwa.

Beliau bagaimanapun memuji sikap yang ditunjukkan Ketua Menteri Pulau Pinang itu kerana mentadbir negeri dengan penuh wibawa, telus dan amanah.

Menurut Mohamad, tiada sebarang 'sumbangan politik' diberikan kerajaan negeri Pulau Pinang kepada mana-mana pihak termasuk parti gabungan Pakatan Harapan.

Malah katanya, DAP sendiri menganjurkan majlis makan malam dan sebagainya untuk mengumpul dana politik seperti dlaksanakan Amanah sekarang.

Dalam satu wawancara dengan Malaysia Dateline hari ini, Mohamad berkata Amanah menampung perbelanjaan operasinya daripada sumbangan yang diberikan ahli parlimen, para simpatisan dan orang ramai.

Beliau bagaimanapun bersyukur kerana majlis-majlis mengumpul dana anjuran Amanah dihadiri rakyat pelbagai kaum yang tidak keberatan memberikan sumbangan.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

Cetak Emel

Artikel berkaitan: