• Kolumnis AMANAH 1Kolumnis AMANAH 1

Husam kemuka 5 soalan kepada MB Kelantan dalam sidang Dun

Husam MusaHusam MusaAhli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor Datuk Husam Musa menghantar lima soalan untuk dijawab Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob dalam sidang Dun bermula Isnin semalam.

Beliau berkata, sejumlah soalan tambahan dengan notis pula akan disampaikan satu salinan kepada MB sebelum sidang bermula.

Satu salinan juga katanya akan disampaikan kepada Pengerusi Pac Negeri Kelantan untuk penelitian mereka.

Husam sebelum ini memohon bercuti dari sidang Dun mulai Isnin hingga Selasa kerana diminta menjadi saksi dalam kes saman sebuah syarikat Korea ke atas kerajaan negeri.

Beliau yang banyak menimbulkan persoalan ke atas tindak tanduk kerajaan negeri hanya akan menyertai sidang kali ini mulai Rabu 4 November.

"Terpulang kepada kerajaan untuk menjawab pada masa yang sesuai sepanjang sidang itu.

"Di samping saya mengekalkan pendirian saya bahawa setiap Adun boleh bertanya di luar dan di dalam Dun. Tidak ada peraturan bahawa Adun hanya boleh bertanya di Dun," kata bekas Exco Kerajaan Kelantan itu.

Beliau dalam pada itu meragui janji Setiausaha Menteri Besar Kelantan Mohd Asri Mat Daud bahawa semua soalan akan dijawab dalam sidang ini.

"Adakah kerajaan akan menentukan satu-satu tajuk lalu bersedia dengan apa jua soalan spontan untuk dijawab?  Rasanya tidak begitu.

"Mungkin Adun boleh bertanya ketika satu-satu isu sedang dijawab oleh kerajaan. Namun begitu, lazimnya jika soalan agak detail, kerajaan berdalih perlukan notis," katanya.

Husam sebelum ini mendedahkan beberapa tindakan kerajaan negeri yang disifatkannya melanggar perinsip ketelusan.

Beliau juga menuntut kerajaan negeri tidak meluluskan permohonan sebuah syarikat untuk menebang kawasan seluas 1,400 hektar di hutan simpan Kekal Ulu Sat di Machang.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel

Artikel berkaitan: