Tony Pua lantik 2 MP untuk bincang format debat dengan Arul Kanda

Debat Tony dan Arul Kanda

Ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua telah melantik ahli parlimen Kulai Teo Nie ching dan ahli parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming bagi mewakili beliau untuk berbincang tentang format cadangan debat beliau dengan presiden 1MDB, Arul Kanda.

Debat Tony dan Arul Kanda
Ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua telah melantik ahli parlimen Kulai Teo Nie ching dan ahli parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming bagi mewakili beliau untuk berbincang tentang format cadangan debat beliau dengan presiden 1MDB, Arul Kanda.

Setiausaha publisiti DAP itu juga memberikan 10 soalan awal kepada Arul untuk membolehkan beliau membuat persiapan menjelang debat yang kini dinanti-nati oleh rakyat Malaysia ekoran isu 1MDB atau 1 Malaysia Development Berhad itu.

"Dengan cara ini, Arul tidak boleh kata tidak tahu atau berpura-pura tidak mempunyai dokumen untuk membolehkan beliau memberikan jawapan yang sesuai," katanya dalam satu kenyataan hari ini ekoran cadangan debat yang dijangka panas ini ekoran kebolehan kedua-duanya.

Arul Kanda Kandasamy kini bersedia berdebat secara terbuka dengan Tony Pua tanpa mengenakan sebarang syarat, sekali gus menarik balik syarat awal bahawa Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu perlu meletak jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

"Saya dengan ini menarik balik syarat saya. Saya akan bertemu dengan Tony Pua dalam program bual bicara atau berdebat dengan beliau secara langsung di televisyen tanpa mengenakan sebarang syarat.

"Saya tidak sabar dengan perbincangan ini supaya kita boleh berdebat mengenai semua persoalan Pua," kata Arul.

Arul turut berterima kasih kepada RTM kerana bersetuju menyediakan platform untuk siaran langsung perdebatan itu.

Sejurus pengumuman itu, Pua turut mengucapkan terima kasih kepada Arul menerusi Twitternya kerana menerima cabaran beliau dan menarik balik syarat awalnya.

"Satu-satunya orang yang akan mendapat manfaat adalah rakyat Malaysia yang mahu kebenaran didedahkan," kata Pua.



PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

Cetak Emel

Artikel berkaitan: