• Kolumnis AMANAH 1Kolumnis AMANAH 1

NGO pro PAS dakwa DAP tidak tentang TPPA untuk jaga Singapura dan P Pinang

 

TPPA dengan MalaysiaTPPA dengan Malaysia

Badan Bukan Kerajaan (NGO) Ikatan Ilmuan Nasional (Ilmuan) mendakwa DAP tidak lantang menentang Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) untuk menjaga kepentingan Singapura dan Pulau Pinang.

Sehubungan itu, mereka menuntut orang Melayu jangan memberikan undi mereka kepada Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan yang mengandungi Parti Amanah Negara (Amanah), PKR dan DAP.

Timbalan Presidennya NGO yang berkait rapat dengan PAS itu, Mazli Noor berkata, DAP sudah pasti memikirkan TPPA akan menjadi batu loncatan untuk menjaga kepentingan mereka dengan Singapura seterusnya menguatkan cengkaman mereka di Pulau Pinang apabila berjaya memerintah Malaysia kelak.

Ia katanya berasaskan kepada isu perkauman yang sering dimainkan DAP di ruang-ruang media.

"Di sebalik kelantangan pertubuhan-pertubuhan berteraskan Melayu menentang TPPA, DAP bersikap sebaliknya tidak seperti kebiasaan dengan sikap keras dan lantangnya mereka bersuara menentang penyelewengan 1MDB," katanya dalam satu kenyataan.

NGO Pro PAS itu juga menganggap perpecahan dalam PAS dan PKR merupakan langkah awal DAP memecahkan kelompok Islam dan Melayu dan seterusnya memastikan jalan menguasai Malaysia bertambah mudah.

"Keadaan Umno yang lemah juga turut menjadi faktor yang akan memudahkan rancangan mereka untuk menguasai Malaysia.

"Umno perlu sedar, TPPA bukan hanya akan membebankan rakyat dan negara tetapi ia akan menjadi laluan DAP untuk menguasai Malaysia," katanya lagi.

Ilmuan juga tidak berpuas hati dengan sikap DAP yang tidak cenderung membantah isu pemanjangan patent dalam ubatan apabila TPPA dilaksanakan.

"DAP sebaliknya mempertikaikan sikap flip-flop kerajaan Malaysia yang tidak menyetujui perkara tersebut. Perlu difahami bahawa pemanjangan tempoh patent akan meningkatkan harga perubatan dan memberi bebanan kepada rakyat miskin.

"Tambahan pula, TPPA hanya akan menguntungkan syarikat korporat tetapi tidak kepada peniaga-peniaga kecil yang terpaksa berhadapan dengan syarikat-syarikat besar yang datang dengan modal pelaburan yang tinggi disamping teknologi yang tiada tandingnya.

Justeru Ilmuan menggesa rakyat menentang sikap berat sebeah DAP yang menyokong TPPA kerana mendakwa DAP hanya ingin mempertahankan kelangsungan taukeh-taukeh korporat Cina di samping menjaga kepentingan  mereka dengan Singapura dan Pulau Pinang.

"Sikap DAP ini wajar disedari oleh orang-orang Cina sendiri terutama dari kalangan peniaga-peniaga peringkat pertengahan dan kecil.

"Mereka yang berniaga di peringkat pertengahan dan kecil akan kehilangan perniagaan dan pendapatan sekiranya TPPA ini menjadi kenyataan," katanya.

Ilmuan menegaskan, pilihan raya umum ke-14 adalah medan terbaik untuk menyekat kebodohan BN dan kerakusan DAP dalam isu TPPA ini.

"Masyarakat Melayu jangan lagi memberi undi mereka kepada Umno dan BN manakala masyarakat Cina pula jangan beri undi mereka kepada DAP dan Pakatan Harapan yang terdiri dari kalangan PKR dan Amanah," katanya. 



PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel

Artikel berkaitan: