• Kolumnis AMANAH 1Kolumnis AMANAH 1

Husam puji pemimpin Kelantan kerana berani naikkan elaun

 

Datuk Husam MusaDatuk Husam MusaKetika rumah banjir belum selesai, hutang caruman kakitangan Yayasan Islam Kelantan (YIK) belum dibayar dan himpitan ekonomi rakyat, bekas naib presiden PAS, Datuk Husam Musa memuji keberanian pimpinan kerajaan negeri kerana berani menaikkan elaun pemimpin mereka.

Beliau memahami ada Adun yang serba salah menerima kenaikan itu, ekoran dilema kos hidup dan tuntutan perkhidmatan yang meningkat kini memerlukan kenaikan elaun ini.

Namun kata bekas exco kerajaan negeri itu, mereka sewajarnya berasa segan terhadap pengundi yang semakin susah di kala mereka menerima kenaikan elaun.

"Inilah yang dinamakan dilema keutamaan pilihan.

"Saya terkejut membaca laporan media, dua Adun BN menuntut elaun itu  dinaikkan lebih tinggi lagi," katanya.

Beliau berkata, adalah lebih baik kerajaan negeri mengambil tindakan memotong gaji demi kebersamaan dengan rakyat walaupun mengakui ia adalah sukar.

"Menaikkan elaun Adun dari satu segi, adalah tangga untuk menaikkan elaun exco, timbalan dan juga menteri besar. Sama-sama naik.

"Mengambil kira pandangan dan perasaan sebahagian rakyat, apa yang mungkin boleh dilakukan oleh kerajaan ialah segera melunaskan semua tunggakan sebelum bayaran pertama kenaikan kepada Adun-Exco-MB dilakukan Januari depan," katanya.

Ini katanya termasuk tunggakan guru-guru Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan bayaran penuh dividen peserta Ladang Rakyat.

Beliau berkata, kenaikan elaun itu menunjukkan kewangan kerajaan adalah kukuh dan tidak mungkin semua tunggakan YIK tidak mampu dijelaskan.

Jika kerajaan negeri gagal melaksanakannya, imej kerajaan sukar dibaiki.

"Jika tidak, guru YIK akan terasa hati. Peserta Ladang Rakyat mesti dibayar penuh dividen tahun ini untuk 12 bulan (bukan sepuluh bulan seperti cadangan).

"Rumah dihanyut bah pun belum ke mana, bukan?

"Tidakkah berkecil hati rakyat jelata kita yang  kehilangan rumah semasa bah menunggu bulan demi bulan? Alih-alih, kita dulu menikmati gaji baru?" soalnya sinis.

Dalam pada itu, beliau menafikan laopran Bernama bahawa semua 45 Adun Kelantan menyokong cadangan kenaikan itu adalah tidak tepat.

"Saya tidak ada di Dewan ketika cadangan itu diluluskan," katanya.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel