• Kolumnis AMANAH 1Kolumnis AMANAH 1

Amanah lancar akhbarnya sendiri bernama 'Amanah'

 

Mohamad Sabu lancar akhbar Amanah di Wisma Amanah hari ini.Mohamad Sabu lancar akhbar Amanah di Wisma Amanah hari ini.

Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini melancarkan akhbar mereka sendiri yang bernama 'Amanah'.

Pelancaran itu disempurnakan oleh presidennya Mohamad Sabu dengan menandatangani plak pelancaran di Wisma Amanah hari ini.

Akhbar ini buat permulaan ini diterbitkan dua minggu sekali dan akan menjadi akhbar mingguan berdasarkan permitnya dari KDN selepas ia stabil.

Akhbar itu diterbitkan selepas enam bulan penubuhannya yang mula berada di pasaran mulai minggu ini.

Keluaran pertama dengan muka depan bertajuk 'Undur Najib Undur' dicetak sebanyak 30 ribu dan diedarkan ke seluruh negara dengan harga RM2 senaskhah.

Menurut pengarah komunikasi, Khalid Samad akhbar ini dijual kepada ahli namun boleh dibeli oleh sesiapa sahaja yang berminat.

"Kita memang jual untuk ahli Amanah tapi biasanya akan ada yang bukan ahli pun membeli," katanya pada sidang media di Wisma Amanah di ibu negara hari ini.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel