• Kolumnis AMANAH 1Kolumnis AMANAH 1

Raja-raja Melayu punyai kebijaksanaan nilai kemelut negara, kata Raja Bahrin

Raja Kamarul Bahrin ShahRaja Kamarul Bahrin ShahPihak yang menggesa agar istana tidak diheret dalam isu penggantian perdana menteri dinasihatkan agar tidak memandang rendah kebijaksanaan Raja-raja Melayu dalam menilai masalah dihadapi rakyat dan negara.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu Raja Kamarul Bahrin Shah sebaliknya mahu semua pihak tidak memperkecilkan keupayaan serta kesungguhan pihak Raja-raja Melayu mendalami kemelut negara kini.

Menurut beliau, zaman memanda serta pembesar negara hanya menyampaikan berita baik sementara keperitan rakyat dihalang daripada sampai kepada raja makin berlalu.

"Politik berhalangan oleh pembesar istana makin kurang berkesan dengan pengaruh besar langit terbuka (internet) yang membolehkan jalinan terus derita masalah rakyat disampaikan tanpa perantaraan kepada raja-raja," jelas beliau.

Malah tambah beliau, anakanda raja-raja Melayu yang berpendidikan tinggi hari ini juga berperanan menyalurkan maklumat yang tepat secara terus kepada istana.

"Oleh itu saya mohon semua pihak berkenaan jangan menyalahkan (parti) pembangkang semata-mata atas kesedaran yang lebih luas dan mendalam pihak istana akan kemelut yang melanda negara hari ini. Ini adalah era kesedaran sihat pihak istana di zaman langit terbuka," ujarnya.

Menurut Raja Bahrin, keprihatin raja-raja Melayu terhadap kemelut negara dapat dilihat pada mesyuarat majlis raja-raja Oktober 2015 yang meminta kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak menyelesailan masalah 1MDB.

Malah ujarnya, mesyuarat majlis raja-raja pada Februari 2016 pula meminta kerajaan memperhalusi rang undang-undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang menyentuh kuasa Yang di-Pertuan Agong.

"Siapakah kita untuk melarang raaja-raja Melayu dari membela hak rakyat kerana raja-raja adalah payung rakyat berlindung.

Raja Bahrin menambah kata, jika kerajaan sedia ada benar-benar menghormati institusi raja-raja Melayu, pandangan majlis raja-raja pada Oktober 2015 dan Februari 2016 perlu diambil perhatian dan tindakan wajar.

"Sehingga kini Kerajaan Malaysia membisu seribu bahasa serta tidak mengendahkan pandangan raja-raja Melayu dalam isu isu tersebut.

"Juga difahamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib telah tidak menghadiri kedua-dua mesyuarat terakhir majlis raja-raja Melayu. Adakah ini disenangi dan boleh di terima oleh raja-raja?

Adakah ini keadaan yang boleh diterima rakyat dan negara dari segi tertib dan menghormati institusi diraja?" soal beliau.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel

Artikel berkaitan: