• Kolumnis AMANAH 1Kolumnis AMANAH 1

Pakatan hormati keputusan speaker tetapi mahu debat 1MDB diteruskan

Datuk Saifudin Abdullah

Meskipun tidak bersetuju dengan keputusan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang tidak membenarkan Tony Pua berdebat dengan presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy,  Pakatan Harapan (PH) tetap menghormati keputusan tersebut.

Ketua Sekretariat PH, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, pihaknya berharap agar debat tersebut disiarkan secara langsung di televisyen dengan kehadiran audiens dan menggunakan bahasa Melayu.

"Pakatan hormati (walaupun tak setuju) keputusan Speaker bahawa tak sesuaiTony Pua (sebagai ahli PAC) berdebat dengan CEO 1MDB.

"Maka, Pakatan tawarkan YB Rafizi sebagai ganti. Harap debat secara live di TV, dengan live audience dan  dalam BM," tulis beliau di laman Facebook.

Beliau menyelar mentaliti golongan kecut yang terpaksa menyokong kebobrokan dengan mempertikaikan Rafizi bagi mengganti Tony.

"Sepatutnya kamu kena guna akallah, yang nak diperdebatkan ada isu, tak kiralah siapa pendebatnya, isu tetap sama. Rafizi tak minta tukar isu, isu tetap sama... jadi tak timbul siapa pendebatnya," komen seorang pengguna Facebook di status Saifuddin.

Semalam, Saifuddin berkata, Pakatan Harapan akan meneruskan perdebatan dengan Arul walaupun RTM memutuskan untuk tidak lagi menyiarkannya secara langsung.

Beliau berkata, terdapat cara lain menyiarkan debat itu untuk tontonan umum.

"Jika RTM tidak mahu menjadi hos, ada Astro Awani dan yang lain," katanya pada sidang akhbar di pejabat pembangkang di Parlimen semalam.

Dalam sidang media di parlimen hari ini, Ketua Whip Parlimen DAP, Anthony Loke mengumumkan Ahli Parlimen PKR, Rafizi Rmli sebagai calon pengganti Tony Pua untuk berdebat dengan Arul.

Sebelum ini, Pua yang juga anggota Jawatankuasa Kira-Kira Awam Negara (PAC) mencabar Arul berdebat dengannya secara langsung mengenai isu 1MDB.

Susulan cabaran itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata RTM sedia menyiarkannya secara langsung.

Bagaimanapun, Pandikar mengumumkan di Dewan Rakyat bahawa Pua perlu berundur dari PAC terlebih dulu jika mahu berdebat.

Katanya, pembabitan Pua dalam debat itu boleh menjejaskan siasatan PAC ke atas 1MDB.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel

Artikel berkaitan: