• Kolumnis AMANAH 1Kolumnis AMANAH 1

Cadangan 'penasihat' sebahagian dari rancangan kerjasama Umno dan PAS, dakwa Husam

 

Datuk Husam MusaDatuk Husam MusaAdun Salor, Datuk Husam Musa melontar 'bom' malam tadi apabila mendakwa cadangan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menjadi penasihat kepada Umno adalah sebahagian dari perancangan kerjasama antara kedua-duanya.

Ia dilakukan kerana cadangan untuk bersatu termasuk untuk membentuk kerajaan bersama di Selangor sebelum ini masih ditolak oleh akar umbi PAS.

"Niat dihati sudah ada tetapi oleh kerana rakyat jelata tidak boleh terima lagi, bila campak penasihat dulu macam mana," kata beliau dalam ceramah pertamanya malam tadi selepas sekian lama berehat.

Husam berkata, usaha sedang dibuat untuk membolehkan para wakil rakyat PAS dilantik ke dalam kerajaan Pusat namun sukar untuk dilantik sebagai menteri kerana bilangannya sudah terlalu besar.

Menurut Husam, Menteri Pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz pernah berkata, adalah sukar untuk menambah bilangan menteri dalam kerajaan lagi kerana bilangan 39 menteri sudah terlalu ramai.

"Datuk Nazri beritahu, tak sah masuklah, menteri sudah penuh. Sebab itulah timbul idea lantik jadi penasihat yang bertaraf menteri," kata Husam.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan, Presiden PAS itu berkata, PAS bersedia menjadi penasihat kepada kerajaan berkaitan pelbagai isu yang menyentuh kepentingan rakyat termasuk 1Malaysia Development Bhd. (1MDB), cukai barangan dan perkhidmatan (GST), perumahan, kejatuhan nilai mata wang dan sebagainya.

“Kita nak tolong selesaikan masalah, kita bukan nak rebut kuasa. Kalau UMNO ubah kuasa dengan konsep Islam, kita akan bantu dia. Yang penting kita nak ubah pemerintahan kepada lebih baik berasaskan tuntutan Islam,” katanya ketika berucap dalam program Dialog Rakyat Bersama PAS anjuran Badan Perhubungan PAS Terengganu di Marang.



PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel

Artikel berkaitan: