PAS tetap lawan Umno, kata timbalan presiden PAS

Tuan Ibrahim Tuan Man

Timbalan presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan, PAS tetap lawan Umno ketika pelbagai dakwaan timbul kononnya parti itu mahu bekerjasama dengan tunggak kerajaan Barisan Nasional (BN) itu.

 

Tuan Ibrahim Tuan Man

Timbalan presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan, PAS tetap lawan Umno ketika pelbagai dakwaan timbul kononnya parti itu mahu bekerjasama dengan tunggak kerajaan Barisan Nasional (BN) itu.

Katanya, PAS bertembung dengan Umno hampir 70 kerusi. Hanya 20 kerusi yang berjaya dimiliki PAS dan 6 daripada itu kini beralih ke Amanah.

"Jika benar Umno dan PAS berniat mengadakan kerjasama politik,  berapa kerusi daripada 50 kerusi Umno yang menang itu akan dibahagikan kepada PAS?

"PAS sudah tentu tidak akan melepaskan mana-mana kerusi yang pernah dimenanginya.

"Oleh itu cukup-cukuplah dengan fitnah PAS mahu bersama Umno," kata beliau dalam satu kenyataannya hari ini.

Katanya, apa yang lebih penting ialah matlamat perjuangan bagi menegakkan sebuah masyarakat yang terlaksana nilai-nilai Islam dapat dicapai melalui apa jua kaedah yang tidak bercanggah dengan syariat Islam.

"Inilah yang ditegaskan berulang-ulang kali oleh Al Marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa kalau Umno mengubah dasar perjuangan dari kebangsaan kepada Islam, maka kita akan sanggup bubar PAS.

"Ini bermakna dalam perjuangan PAS, soal mendapatkan kekuasaan tidak menjadi matlamat, ia hanya alat bagi mencapai matlamat bagi pembentukan negara Islam," kata beliau.

Kenyataan Tuan Ibrahim ini dibuat selepas bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa mendakwa, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri mengaku mahu membentuk kerajaan bersama Umno di Selangor sebelum ini.

Sekarang ini, kata Husam, Abdul Hadi berkata, PAS sedia menjadi penasihat kepada Umno dan kerajaan Barisan Nasional pula.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan, Presiden PAS itu berkata, PAS bersedia menjadi penasihat kepada kerajaan berkaitan pelbagai isu yang menyentuh kepentingan rakyat termasuk 1Malaysia Development Bhd. (1MDB), cukai barangan dan perkhidmatan (GST), perumahan, kejatuhan nilai mata wang dan sebagainya.

“Kita nak tolong selesaikan masalah, kita bukan nak rebut kuasa. Kalau UMNO ubah kuasa dengan konsep Islam, kita akan bantu dia. Yang penting kita nak ubah pemerintahan kepada lebih baik berasaskan tuntutan Islam,” katanya ketika berucap dalam program Dialog Rakyat Bersama PAS anjuran Badan Perhubungan PAS Terengganu di Marang.

 

 

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

Cetak Emel

Artikel berkaitan: