• Kolumnis AMANAH 1Kolumnis AMANAH 1

Mengapa Pua tak langgar Speaker macam Kit Siang?

Tony Pua dan 1MDB

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menyuruh Penasihat DAP Lim Kit Siang untuk memohon maaf. Kit Siang tahu kalau beliau tidak memohon maaf beliau akan digantung dari parlimen. Namun, Kit Siang tetap langgar. Bagi beliau, beliau tak buat salah.

Gantung pun gantunglah, tak dapat mewakili rakyat Bukit Gantang di parlimen pun tak apa, asalkan jangan dilihat tak berani dan tak betul. Mungkin kerana ada 30 lebih ahli parlimen DAP lagi yang boleh bersuara untuk Kit Siang.

Berbalik kepada isu debat 1MDB. Presiden 1MDB Arul Kanda sudahpun bersetuju tanpa syarat untuk berdebat dengan Ahli Parlimen DAP Tony Pua. Sebelum debat bermula, Pua mengeluarkan 10 soalan yang bakal ditanyanya kepada Arul semasa debat nanti.

Tiba-tiba Speaker mengugut kalau debat 1MDB diteruskan, beliau akan meletakkan jawatan. Speaker juga berkata kalau Pua nak debat, beliau kena meletakkan jawatan di Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara.

Kalau mengikut kebiasaan sikap DAP, syarat Pandikar sudah tentunya akan dilanggar. Speaker akan meletakkan jawatan jika debat 1MDB diteruskan, bukankah itu balas dendam terbaik untuk Kit Siang?

Namun tidak. Reaksi pertama DAP ialah untuk menggantikan Pua. Barangkali DAP terlupa bahawa ada lagi Ahli Parlimen DAP iaitu Dr Tan Seng Giaw yang berada di dalam PAC. Apakah tanpa Pua, Dr Tan tidak boleh berfungsi dalam PAC untuk membongkar rahsia 1MDB? Apakah hanya dengan adanya Pua di PAC baru masalah 1MDB boleh dibongkar? Bukankah itu fikiran yang bongkak?

Ramai yang terpinga-pinga. Biasanya waktu inilah DAP dah menjerit mahu Speaker ditukarkan, mahu mengusulkan agar Speaker dibuang.

Tapi tidak. DAP tidak bertindak macam Kit Siang. DAP cuba main persepsi bahawa terpaksa akur pada Speaker. Macam DAP takut Speaker akan meletak jawatan jika debat 1MDB diteruskan. Sejak bila DAP sayang dan takut sangat pada Speaker? Lupakah ini adalah Speaker yang menyebabkan Kit Siang digantung.

Ke semua ini helah nak elak debat? Arul sudah bersedia. Pua masih nak tunggu kebenaran Speaker?

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel

Artikel berkaitan: