• Kolumnis AMANAH 1Kolumnis AMANAH 1

Ketua Dewan Ulama cadang Husam tinggalkan PAS, lapor media

 

Datuk Dr Mahfudz Mohamad

Ketua Dewan Ulama PAS Pusat menyarankan Datuk Husam Musa meninggalkan parti dan menyertai rakan-rakannya yang kini bersama Parti Amanah Negara (Amanah), sekiranya beliau tidak lagi 'bersama' dengan kepimpinan presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, tindakan tersebut adalah yang paling wajar dilakukan Husam berbanding berterusan mengkritik Ustaz Hadi secara terbuka bagi menunjukkan rasa tidak puas hati.

"Rakan-rakan beliau sudah tinggalkan PAS dan menubuhkan Amanah, Datuk Husam pun sama seperti rakan-rakannya, dia tewas dalam pemilihan dulu.

"Kalau tak puas hati dengan Tok Guru (Abdul Hadi Awang) atau PAS, sepatutnya beliau sama-sama keluarlah mengasaskan Amanah. Tapi (Husam) tak (pula) keluar. Saya pun tak tahu apa strateginya," katanya sebagaimana yang dilaporkan Antarapos.

Husam sebelum ini pernah mencadangkan agar Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, timbalan presiden PAS mengamnbil alih kepimpinan parti itu.

Ini kerana kecelaruan kenyataan yang dibuat oleh Ustaz Hadi umpama buang tabiat dan menyusahkan PAS, katanya sebagaimana dilaporkan oleh The Malasian Insider.

Husam juga mendakwa Ustaz Hadi pernah mengaku mahu bekerjasama dengan Umno bagi membentuk kerajaan baru di Selangor.

Ia dilakukan dengan memujuk beberapa pemimpin PKR termasuk menteri besar Selangor sekarang, Mohamed Azmi Ali menyertai PAS.

Bagaimanapun, Mahfudz menafikan perkara ini adalah fitnah kerana ia tidak pernah dinyatakan oleh ustaz Hadi.

"Perkara besar macam ini tak boleh dibuat bersaorangan, perlu dibawa dalam parti.

"Kalau dibawa dalam parti, mestilah samada melalui Majlis Syura, PAS Pusat atau Dewan Harian," kata Mahfudz sebagaimana dilaporkan Antarapos.



PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel

Artikel berkaitan: